Pemergian permata seni, Datuk A. Rahman Hassan cukup terkesan di hati.
Terbaru, isteri kepada Khir Rahman, Siti Jasmina Ibrahim menitipkan kisah yang cukup menarik untuk pedoman bersama.
Siti Jasmina merupakan menanti kepada bintang legenda itu.
Tulisnya, Allahyarham dikurniakan tiga putera sebagai tiang seri hidup disifatkan sebagai satu kelebihan yang mengiringi perjalanan akhir ke alam barzakh.
Biarpun kehilangan anak kedua, Amie Rahman tiga tahun lalu, namun sudah tertulis rezeki, persiapan menuju Allah dipermudahkan oleh dua anak dan cucu.
“Rezeki abah mempunyai 3 orang putera. Amanat khalifah. Mereka tiang seri hidupnya.
“3 tahun lalu Allah uji abah dengan mengambil tiang tengah hidupnya (anak keduanya) Khairulilmi (Amie Rahman).. menguji kami juga untuk redha..tinggal 2 semangat abah ini yang ada sehingga mengiringinya ke pusara.
“Abah pesan putihlah pakaian umat Islam jika menziarahi kematian saudara Islam. Suci , murni sebagaimana agama Islam itu sendiri.. ya kami akan ingat sentiasa, abah.
“Rezeki abah, mereka bersama Ma dan cucu pertama abah Najmi Ammar memandikan…. anak sulungnya Khir Rahman mengimamkan 2 kali dari 3 kali solat jenazah buatnya dan yang bongsu Az Rahman yang awal turun menyambut abah untuk disemadikan di dalam ruang beradunya,” tulis Jasmina.
Pada masa sama, wanita itu turut berkongsi saat menatap wajah arwah buat kali terakhir.
“Raut wajah senyum abah kali akhir kami lihat sebelum kafan menutupi wajah, indah yang kekal menyembuhkan kami, insyaaAllah.
“Terima kasih abah.. Abd Rahman bin Hassan.. insan seni yang punya seni pekertinya.
“Alhamdulillah. Allah Maha Indah KetentuanNya.. #albaqi,” tulisnya panjang lebar.
Sesungguhnya didiklah anak dengan ilmu agama secukupnya agar menjadi bekal untuk kita di sana nanti.
Foto : Instagram Siti Jasmina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI