Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri tampil memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu, pada sambutan Syawal yang kedua.
Perkongsian tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram masing-masing.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan lebaran bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy, Ibu & Khawla.
“Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber,” tulis penyanyi Aku Cinta pada ruangan kapsyen.
Menerusi foto yang dimuat naik, keluarga kecil itu mengenakan baju sedondon rona biru.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan selebriti memuji kecomelan Nur Khawla.
Terdahulu, Syamel dan Ernie sepakat memberikan nama kepada anak tersayang selepas tujuh hari dilahirkan.
Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Gini Saya Rela Beratur Panjang, Boleh Tukar Tempat Vaksin Tak?,” – Teruja Bila Mimi Lana Jadi Sukarelawan PPV, Ramai Yang Puji!
Pelakon Mimi Lana berkongsi pengalaman selepas berpeluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin turut mengucapkan terima kasih atas semua pihak yang terlibat.
Dia pada masa sama turut menjangkakan, kira-kira 3,000 penerima akan hadir bagi mendapatkan dos pertama dan kedua vaksin di lokasi sama.
“Completed my first day volunteering! Thank you @qualitasmedicalgroup dan semua yang terlibat for having me. Tomorrow expected to be 3000 crowd for taking 1st and 2nd dose at here.
“Semoga segalanya dipermudahkan, Insyaallah. Jom vaccine semua!,” tulisnya pada entri terkini di Instagram.
Entri berkenaan sehingga kini telah pun mendapat lebih 110,000 tanda suka bersama ribuan komen yang ditinggalkan.
Masing-masing memuji tindakan pelakon drama Masih Ada Rindu ini selain tak kurang yang turut memberikan respon gurau. Antaranya;
“Bagus ada artis macam ni. Teruskan usaha murni anda ini dengan ikhlas. Boleh jadi contoh pada semua orang.”
“This is good effort. Tahniah Mimi Lana.”
“Kalau gini saya rela beratur panjang pun.”
“Boleh tukar tempat vaksin tak?.”
“Ingatkan side effects vaccine tadi sebab ternampak kelibat Mimi Lana. Rupanya betul dia.”
“Terbaiklah. Salute. Pasti ramai yang akan minta vaksin di sana. Stay safe.”
“Bagusnya Mimi. Terbaiklah.”
“Thank you Mimi Lana for this. A celebrity doing volunteer job and showing good example. Semoga Allah pelihara dengan rahmat cinta dan reda dunia akhirat.”
Terdahulu, beberapa selebriti lain juga pernah terlibat menjadi sukarelawan di beberapa pusat vaksin seperti Isma Yusoof, Fizo Omar, Nazim Othman, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Nadiya Nissa.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kejadian Lap Pisang Buat Shikin Maembong ‘Cair’ Pada Cat Farish
Sanggup bersama-sama menghadapi fasa susah menjadi asbab penyatuan dua jiwa diantara penyanyi dan pelakon Cat Farish bersama cinta hatinya, Shikin Maembong.
Ketika ditemui media usai majlis akad nikah, Cat mendedahkan bibit percintaan mereka bermula dengan sangat unik dan dia juga tidak mengangka perbuatannya itu bakal membawa mereka ke jinjang pelamin.
“Dia jatuh hati selepas melihat saya membersihkan dan mengelap buah pisang. Shikin merupakan seorang peniaga goreng pisang dan stok pisang akan datang dalam guni.
“Bila dalam guni, pisang itu akan berwap dan basah. Kemudian, saya lap dan Shikin pula jadi terharu. Bermula dari insiden itu, sekarang kami dah berkahwin,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Shikin yang juga merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong menyifatkan Cat sebagai seorang lelaki yang sangat istimewa dan menghargai usahanya sebagai peniaga.
“Saya sebak kerana segalanya dipermudahkan. Selama ini, saya meniaga dan selalu berhadapan dengan fasa susah payah itu seorang diri. Nak berjumpa dengan orang yang menerima kita seadanya itu agak susah.
“Biasanya, bila kita berkawan dan mereka lihat kita susah payah berniaga, mereka akan biarkan sahaja kita susah sorang-sorang. Tapi Cat ni lain. Dia nak bersusah payah bersama dengan saya.
“Jadi, bila saya nampak dia hargai pisang itu, ia menunjukkan dia tahu nilai dan harga sebuah susah payah itu. Kalau staf lain, mungkin mereka longgokkan sahaja,” ujar Shikin.
Pada masa sama, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli akui dirinya tidak pernah berasa gementar seperti mana yang dirasainya malam tadi.
“Alhamdulillah, kawan-kawan yang saya jemput semua ada. Saya juga terharu dengan kejutan daripada Ruffedge. Cuaca juga mengizinkan.
“Saya tak pernah rasa nervous seperti ini sebelum ini. Bila saya nampak Shikin dan anak-anak, saya juga ikut mengalir air mata. Saya cuba tahan tapi tak berdaya,” kongsinya lagi.
Memilih Mekah sebagai destinasi berbulan madu, Shikin mahu memanjatkan rasa syukur kerana segala doanya sewaktu menunaikan umrah sebelum ini telah dimakbulkan.
“Antara doa saya di hadapan Kaabah adalah untuk dipertemukan dengan jodoh yang menyayangi saya dan anak-anak.
“Saya juga mahu lelaki yang boleh membimbing dan saya ada meminta supaya dipertemukan dengan lelaki yang berpengaruh besar. Tak sangka orang itu adalah Cat.
“Anak-anak saya sukar untuk menerima kehadiran lelaki sebagai bapa. Mereka halang saya untuk punyai teman lelaki. Namun, bila Cat hadir dalam hidup kami, anak-anak pula jadi terlebih suka. Jadi, saya tahu he’s the one,” akhirinya.
Terdahulu, Cat telah selamat bergelar suami kepada Shikin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Khamis.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Sabtu di Bukit Jelutong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: CST Production
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pandang Ke Hadapan Ya Sayang,” – Ikut Jejak Ibu, Anak Cut Tari Bergelar Juara Gadis Sampul 2024
Pengacara dan pelakon popular Indonesia, Cut Tari memanjatkan rasa bangga apabila anak tunggalnya, Sydney Azkassya Jusuf, 17, menjuarai pertandingan Gadis Sampul 2024 sekaligus mengalahkan 19 peserta yang lain.
Kemenangan Sydney ini mengimbau kembali kenangan lama Cut Tari yang pernah bertanding dalam pertandingan yang sama pada tahun 1991 dan bergelar naib juara.
Meluahkan rasa bangga atas pencapaian anaknya, wanita berusia 47 tahun itu memuat naik satu hantaran dengan gambar Sydney yang mengenakan mahkota kemenangan.
“Mama tahu Sydney banyak melalui proses yang panjang dan tidak mudah untuk menyertai pertandingan Gadis Sampul ini, dan akhirnya Alhamdulillah inilah hasil pencapaian Sydney,” ujarnya bangga.
Menambah lagi Cut Tari menitipkan pesanan agar anaknya itu menjaga jati diri dan menjadi seorang perempuan yang kekal benar kepada diri sendiri.
“Melihat Sydney dalam foto ini, mama berharap Sydney akan terus dapat mengekalkan identiti Sydney, menjadi wanita yang sentiasa menaik taraf diri, mempunyai personaliti yang baik dan tulen.
“Sydney, dalam hidup ini masih banyak proses yang Sydney akan lalui, apa-apa pun Sydney mesti boleh terus memandang ke hadapan ya sayang.
“Jangan jadikan penilaian orang terhadap Sydney sebagai penanda aras, sama ada pujian atau sebaliknya, anda mesti masih boleh menstabilkan diri anda. Dan satu perkara yang pasti, tetap rendah hati,” pesannya panjang.
Sekadar info, Sydney Azkassya Jusuf merupakan anak tunggal Cut Tari bersama bekas suaminya, Johanes Jusuf Subrata.
Pertandingan Gadis Sampul merupakan pertandingan pencarian model remaja yang diadakan sejak tahun 1987. Ramai selebriti Indonesia memulakan karier mereka menerusi pertandingan ini. Antara yang terkenal seperti Revalina S Temat, Sigi Wimala, Desy Ratnasari dan allahyarham Nike Ardilla.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI