“Raya Pertama Kami Bersama,” – Syamel & Ernie Kongsi Wajah Nur Khawla, Peminat Puji Comel!

Share

Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri tampil memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu, pada sambutan Syawal yang kedua.

Perkongsian tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram masing-masing.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan lebaran bersama puteri sulungnya itu.

“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy, Ibu & Khawla.

“Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber,” tulis penyanyi Aku Cinta pada ruangan kapsyen.

Menerusi foto yang dimuat naik, keluarga kecil itu mengenakan baju sedondon rona biru.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan selebriti memuji kecomelan Nur Khawla.

Terdahulu, Syamel dan Ernie sepakat memberikan nama kepada anak tersayang selepas tujuh hari dilahirkan.

Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH