Raysha Rizrose Belum Terfikir Nak Kahwin, Lebih Baik ‘Lepaskan’ Uqasha dan Nelydia Terlebih Dulu

Share

Juara Dewi Remaja, Raysha Rizrose mengakui setakat ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan atlit permotoron, Nabil Jeffri meski mereka sudah menjalin hubungan cinta lebih enam tahun lamanya.

Katanya secara seloroh, adalah lebih baik jika jodoh berkahwin itu didahulukan kepada dua kakaknya, Uqasha dan Nelydia Senrose.

Kemudian, barulah dia menyusul ke fasa sama.

“Saya dan Nabil berkawan sejak 2013 lagi, malah ketika masih belum menyertai Dewi Remaja. Tapi masih belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.

“Memandangkan masing-masing ada misi dan komitmen yang perlu didahulukan. Malah saya sendiri masih belum bersedia untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah kakak yang lepas dulu,” jelasnya kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Raysha kini sedang menunaikan umrah di tanah suci.

Turut sama menyertai rombongan ialah keluarga besarnya, termasuk Uqasha dan Nelydia.

Semoga mendapat umrah yang mabrur, amin.

Foto: Instagram MH

Published by
Rafiq Mazlan