Pelakon Raysha Rizrose memaklumkan setakat ini, dia tidak merancang untuk memperlahankan karier lakonan meski kini berstatus isteri bekas pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri.
Raysha yang juga Dewi Remaja 2015 berkata, dia sebolehnya mahu menyelesaikan komitmen kerjaya yang masih berbaki sebelum memberi tumpuan bagi mendapatkan zuriat.
“Perancangan untuk menimang cahaya mata memang ada. Tetapi, biarlah ia selepas saya selesaikan dan kerja-kerja lakonan yang masih lagi ada.
“Apa pun saya dan Nabil tidak menolak rezeki. Apa yang baik, kami terbuka dan berlapang dada. Sudah tentulah bila berkahwin, kita mahukan rezeki anak sebagai pelengkap keluarga.
“Apa pun, kami tidak terburu-buru, hanya menikmati hari-hari bersama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai pengalaman pertama Ramadan sebagai orang rumah, Raysha akui fasa hidupnya kini mulai berubah.
“Sebagai isteri, tentunya di bulan Ramadan kena sediakan juadah berbuka dab bersahur untuk suami. Saya tak nafikan, ia pengalaman dan situasi baru bagi saya.
“Iyelah, keadaanya berbeza sewaktu kita bujang, ada keluarga yang bantu itu ini. Saya masih membiasakan diri. Malah ini bukan terbaik untuk kami sama-sama bermuhasabah diri.
“Ingatkan pada diri masing-masing bahawa tanggungjawab sudah bertambah. Kani cuba yang terbaik, insyaAllah” katanya lagi.
Imbas kembali, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI