Pelakon Nelydia Senrose meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila adiknya yang juga pelakon, Raysha Rizrose kini selamat bersalin anak perempuan.
Berita gembira itu dimaklumkan Nelydia menerusi hantaran terkininya di Insta Strories, hari ini.
Adik Kesayangan Kini Jadi Ibu!
“Adik kesayangan yang suatu ketika dulu selalu ada di mana saya berada dan sering gaduh bersama, kini sudah dikurniakan bayi.
“Menyambut kedatangan tahun baru dengan pertambahan ahli di dalam keluarga, syukur alhamdulillah atas segala rahmat yang diberikaNya.
“Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini dengan barakah dan kasih-sayang berpanjangan “kongsinya.
Nelydia pada masa sama turut mendoakan yang terbaik buat Raysha, sekali gus percaya Raysha mampu menjadi ibu terbaik buat permata hatinya.
Tumpang Gembira
“Kami sangat gembira terhadap Dada (Raysha) dan Nabil. Kami tahu kalian akan menjadi ibu bapa yang baik kepada ‘Baby R’.
“Dada, saya sangat teruja melihat kamu mengambil tugas sebagai ibu dan tahu kamu akan menjadi ibu yang hebat.
“Kepada ‘Baby R’, kamu memang disayangi dan kami bertuah memilikimu. Semoga membesar dengan baik dan kuat seperti ibumu.
“Saya akan sentiasa menyayanyimu, selalu,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, mengumumkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi majlis gender reveal yang diadakan pasangan berkenaan, awal Oktober lalu.
Sekadar informasi, Raysha dan Nabil Jeffri mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI