Lagu ‘Ala Joget Raya’ yang menampilkan Razak A’ai, Khaleesi dan Mortal Rhyme bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi sebuah usaha untuk menghidupkan semula elemen muzik tradisional Melayu dalam arus muzik moden.

Menurut penerbit Todak Fusion, Ikmal Fareeq, industri muzik tempatan kini semakin kehilangan sentuhan seni tradisional.

Oleh itu, mereka ingin memperkenalkan kembali lagu-lagu berunsurkan etnik agar terus dihargai oleh generasi muda.

“Kami sudah lama ingin menghasilkan lagu raya yang menampilkan elemen budaya tradisional. Saya berbincang dengan Razak kerana dia mempunyai kemahiran dalam muzik etnik.

“Kami ingin membawa kembali keaslian lagu raya yang semakin pudar dengan elemen moden. Kami gabungkan ia tetapi masih mengekalkan identiti asal,” jelas Ikmal.

Ads

Alat Muzik Tradisional & Tarian Klasik

Keistimewaan ‘Ala Joget Raya’ terletak pada gabungan pelbagai alat muzik tradisional seperti akordion, rebana dan biola, serta penampilan seni tarian klasik Melayu dalam muzik videonya.

Ikmal turut berkongsi bahawa Razak memainkan peranan penting dalam penciptaan lagu ini.

“Razak sangat membantu dalam membentuk melodi dan lirik supaya ia menghidupkan kembali ingatan terhadap budaya kita. Kami mahu memastikan muzik tradisional terus dihargai,” katanya.

Ads

Lagu ini juga membawa konsep keseronokan berjoget dalam muzik kontemporari, yang diterjemahkan dalam muzik video penuh warna-warni dan meriah.

Razak, Khaleesi & Mortal Rhyme Angkat Warisan Melayu dalam ‘Ala Joget Raya’ – “Kami Ingin Bawa Kembali Keaslian Lagu Raya…” Razak, Khaleesi & Mortal Rhyme Angkat Warisan Melayu dalam ‘Ala Joget Raya’ – “Kami Ingin Bawa Kembali Keaslian Lagu Raya…” Razak, Khaleesi & Mortal Rhyme Angkat Warisan Melayu dalam ‘Ala Joget Raya’ – “Kami Ingin Bawa Kembali Keaslian Lagu Raya…” Razak, Khaleesi & Mortal Rhyme Angkat Warisan Melayu dalam ‘Ala Joget Raya’ – “Kami Ingin Bawa Kembali Keaslian Lagu Raya…”

Kolaborasi Artis & Pemuzik

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Todak Fusion untuk menyatukan pelbagai bakat kreatif, lagu ini menghimpunkan artis, pemuzik dan penari dalam semangat Hari Raya yang penuh kegembiraan.

Ads

‘Ala Joget Raya’ menampilkan Razak A’ai, Khaleesi & Mortal Rhyme sebagai penyanyi utama, Zulkarnain (Ghajmas) memainkan akordion, Balqis Zairul Nizam (ODT) memainkan biola dan Ikmal Fareeq sendiri turut memainkan rebana.

Muzik video lagu ini juga dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional oleh Afieq Imran, Aliff Haidar, Laura Amanda, Hawa Nur Aurelia, Mawar Sofia, serta beberapa penari lain.

Dengan gabungan seni muzik dan tarian ini, ‘Ala Joget Raya’ diharapkan dapat menjadi platform untuk menghidupkan kembali warisan budaya Melayu dalam industri hiburan moden.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI