Penyanyi dan komposer, Hael Husaini menepis dakwaan yang menganggap dirinya ada melakukan pembedahan kosmetik susulan penampilan diri yang dilihat lebih segak dan berketerampilan.
Hael, 34, sebaliknya tidak menafikan dirinya kini lebih menitik beratkan soal penampilan seiring dengan kematangan usia.
“Pasal isu ini, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya, hanya senyum saja. Pada pandangan saya, makin kita meningkat tua semakin pandai kita menjaga diri,” katanya.
Menghargai mereka yang banyak membantu mempersiapkan dirinya, Hael turut mengulas bila ada yang membandingkan penampilannya sekarang berbanding dulu.
“Iyalah kalau nak diikutkan dahulu, mungkin saya tidak berapa bijak dalam penataan gaya, termasuk tidak ada ‘glam team’. Jadi sekarang ia banyak diuruskan oleh mereka yang profesional. Secara tak langsung mungkin ia kelihatan berbeza sedikit berbanding sebelum ini.
“Macam dulu, umpama saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri, sekarang sudah ada pasukan yang siapkan. Jadi mungkin boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil lebih yakin di depan kamera,” katanya lagi.
Ads
Hael juga percaya bahawa seseorang penyanyi itu perlu memastikan penampilan diri tampak lebih bersedia.
“Bagi saya, ia antara kerja dan komitmen. Sebelum ini mungkin saya tidak pernah belajar. Ingatkan sebagai penyanyi hanya ‘berikan’ suara. Cuma bila saya perhati dan belajar melihat selebriti terdahulu bagaimana mereka menjaga penampilan,sudah tiba masa untuk ambil inesiatif sama.
“Ambil berat mengenai perkara sama atau apa sahaja yang melibatkan visual bila berada di hadapan peminat. Ada ketikanya saya bersiap sendiri sahaja. Itu kadang-kadang ada yang jadi dan tidak,” seloroh Hael.
“Saya pun tidak juga bersandarkan kepada mana-mana rujukan. Lebih selesa untuk tampil mengikut keselesaan dan apa yang sesuai sendiri” katanya yang tidak menafikan memiliki pasukan yang bagus menjadi antara faktor kejayaan seseorang penyanyi.
Ads
Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada Rabu.
Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu adalah acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.
Festival terbesar ramadan itu turut mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani dalam satu kenyataan berkata, pengajuran kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan.
Malah pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan. Antaranya termasuk,m Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie.
Juga dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan di tapak terbuka di luar SACC Mall, atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.
PKNS Real Estate Sdn Bhd(PREC) ialah sebuah entiti khas yang telah ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai cabang pelaburan kepada kumpulan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan perasaan rindu bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran ibunya, hari ini.
Pada masa sama, Mark turut memuat naik rakaman video kenangan bersama ibu tercinta.
Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan ibunya yang menetap di Filipina oleh kerana pihak kerajaan masih lagi dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Malah, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap dapat bertemu dengan ibunya selepas pandemik Covid-19 berakhir.
“Happy birthday syurga, setiap kali birthday awak mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya.
“Saya sangat bersyukur, semoga sihat selalu mak we miss u, stay safe, we will see u first thing after the pandemic insyaallah,” tulisnya.
Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.
Foto: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas memberikan bayangan akan kembali membawakan watak ikoniknya, Inspektor Aleeza menerusi siri televisyen Gerak Khas, penampilan terkini Abby Abadi mengenakan uniform Polis DiRaja Malaysia memberi kegembiraan di kalangan peminat drama episod itu.
Menerusi sepotong video di Instagram yang dimuat naik rakan pelakon, Salina Saibi yang turut sinonim dalam Gerak Khas, dia turut memuji penampilan Abby yang dikatakan sudah kurus.
Krisdayanti merupakan figura popular yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Baru-baru ini penyanyi dan juga ahli politik terkenal Indonesia ini telah menyambut majlis istimewa ‘Tedak Siten’ untuk cucu sulungnya, Ameena Hanna Nur Hatta.
Ameena merupakan cahaya mata pertama anak sulungnya, Aurel Hermansyah dan menantu, Atta Halilintar. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai acara tersebut adalah penampilan mereka sekeluarga yang kelihatan sajak dalam persalinan rona jingga.
Persalinan tradisi seperti baju melayu dan kebaya menjadi pilihan. Krisdayanti yang tidak pernah kalah bergaya tampil menawan bagaikan puteri keraton dalam persalinan kebaya renda siap dengan perincian riben besar dan dipadankan dengan kain batik motif jawa.
Majlis Tedak Siten merupakan satu majlis sempena usia bayi mencecah bulan ke tujuh atau lapan. Tedak bermaksud melangkah, manakala siten atau siti bermaksud tanah atau bumi. Jadi secara literalnya, tedak siten bermaksud sedang memijak bumi.
Upacara ini bertujuan sebagai bentuk penghormatan kepada bumi, yang mana kanak-kanak mula belajar berjalan. Selain itu, tedak siten diwarisi turun temurun sebagai harapan ibu bapa agar anak itu bersedia dan berjaya dalam memijak kehidupan apabila membesar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Kridsayanti, Instagram Aurelie Hermansyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!