Reaksi Terkejut Suami Buat Semua Tumpang Gembira, Ain Edruce Hamil 4 Bulan – “Sebelum Ini Tak Berani Beritahu Apa-Apa Sebab…”

Share

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce kini hamil empat bulan dan perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh selebriti tinggi lampai ini pada Ahad.

Berita gembira tersebut dimaklumkan Ain menerusi satu video berdurasi lebih 13 minit yang dimuat naik menerusi akaun YouTube.

“Banyak sangat persoalan, orang tanya Ain nampak baby bumplah, Ain mengandung ke? Berseri lain macam, badan dah berubah.

“Saya inilah masanya untuk saya berkongsi dengan semua khusus pada orang yang sayang pada saya.

“Ya, alhamdulillah saya mengandung. Sebelum ini saya tak berani beritahu apa-apa sebab terlalu awal dan sekarang, saya sudah boleh kongsikan pada semua,” katanya.

Ain antara lain turut berkongsi detik awal menerima berita tersebut menerusi video yang telah pun ditonton hampir 800,000 kali itu.

Sementara itu menerusi Instagram, hos program Pencarian Hero Remaja 2020 itu juga turut memuat naik video kejutan yang dibuat terhadap suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Amirul yang pada awalnya terkejut dan tidak percaya apabila mendapat tahu berita itu turut rasa gembira selepas ditanya Ain apakah perasaannya apabila bakal bergelar bapa.

Malah momen kejutan yang dibuat terhadap suami turut menerima pelbagai reaksi pelayar YouTube.

Pelakon Kekasih Paksa Rela itu turut mengabadikan momen sama bersama keluarga dan teman rapatnya.

Meminta ramai agar mendoakan agar kandungannya sihat, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember, tahun lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

Ikuti video penuhnya di sini;

Published by
MH