Uncategorized

Reaksi Wajah Anak Tomok Bila Kena ‘Sekolah’ Dengan ‘Embah’ Cuit Hati Netizen

Share

Anak kepada penyanyi popular, Tomok, Arrian sering mendapat perhatian daripada netizen kerana kelincahan dan dia juga sangat bijak.

Baru-baru ini MH terlihat satu video pada posting Instagram Tomok yang merakamkan Arrian sedang diberikan nasihat oleh atuknya yang membahasakan dirinya sebagai ‘embah’

Apa yang menciuti hati MH adalah apabila reaksi wajah Arrian berubah menjadi cembeng semasa ditegur. Alahai comelnya Arrian, sedih dengar nasihat embah ke?

kena ‘sekolah’ dengan embah ??,” tulis Tomok pada ruang kapsyen video tersebut.

Rata-rata pengikut dan peminat Tomok di Instagram juga turut tercuit hati melihat reaksi wajah Arrian.

awatif_mbasri: Hahaha tunggu masa nk ngs je tu. Muka sebek tk sebek dh tu hehe comel

neqiemm: Hahaha..??..comel sgt la awak ni..makin cebek2 makin comel..

ila_leogurl: Slowtalk pn dah cebek2 muke dia..alololo…hihi..comey jee

iristash: alahaiiiii sebikk dah.. ciannn dia.. dia ingat dia sdg dimarahi le tu

MH rasa Arrian buat muka cembeng macam tu sebab ingat embah dia nak marah dia, tapi sebenarnya bagi nasihat je.

Apapun MH doakan Arrian menjadi seorang anak yang mendengar kata ibu dan bapanya serta nasihat daripada orang sekeliling yang menyayanginya untuk menjadi insan yang berguna bila dewasa nanti. Semoga Arrian juga menjadi anak yang soleh.

Sumber: Instagram Tomok

Published by
Izzati Ramli