Pelakon, Nad Zainal tidak menafikan setiap drama yang disiarkan mampu memberikan kesan kepada kehidupan penonton.
Berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelakon, Nad mengakui ada segelintir penonton mudah terpengaruh dengan setiap drama yang dipertontonkan mahupun dari sudut positif atau negatif.
“Saya akui situasi itu memang berlaku, sebab dari pengalaman saya sewaktu membintangi drama Takdir Yang Tertulis sebelum ini sebenarnya ramai para isteri yang tidak meluahkan kata hati masing-masing.
“Tapi oleh kerana penangan watak Juwita dalam drama itu, ramai para isteri yang sudah mula berani untuk bersuara.
“Kita bukan lah nak mengajar semua isteri di luar sana untuk melawan suami tetapi cuma kadang-kadang kaum wanita ini perlu tahu hak sebagai isteri,” katanya.
Pada masa sama, Nad memberitahu bahawa realiti kehidupan adalah berbeza dan tidak sama sekali seperti yang dipertontonkan dalam sesebuah drama.
“Pada pendapat saya, ada impak yang bagus ada yang tak jadi jangan mudah terikut-ikut dengan apa yang pertontonkan.
“Kerana drama ni sebenarnya adalah imaginasi penulis semata-mata dan berbeza dengan kehidupan realiti,” katanya lagi.
Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat serta membincangkan topik ‘Hidup Bukan Drama’ bersama penonton rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI