“Realiti Kehidupan Dan Tuntutan Masa Kini. Kenapa Nak Pertikai?,” – A.Aida Pertahan Kenyataan, Jangan Hipokrit

Share

Selepas kecoh mengenai kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini hingga mendapat reaksi pelbagai netizen dan rakan selebriti, penerbit A.Aida sekali tampil mempertahankan kenyataannya, berhubung faktor fizikal yang penting untuk menjadi seseorang pelakon.

Katanya, ia adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini.

Memetik laporan mStar, penerbit itu turut menambah perkara itu tidak perlu dipertikaikan kerana industri lakonan era kini memerlukan pelakon utama yang mempunyai paras menarik, kerana ia merupakan suatu ‘bisnes’.

“Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikai. Selebriti yang menyelar kenyataan saya itu mungkin tidak faham.

“Mereka kena terima hakikat dan jangan jadi hipokrit. Sebab sememangnya setiap drama semua menggunakan pelakon utama yang mempunyai wajah yang cantik dan tampan.

“Kalau tidak, siapa yang nak tengok drama tu? Bagi saya, bakat itu boleh digilap. Tapi rupa itu sangat penting untuk melariskan sesebuah drama,” katanya seperti yang dipetik.

Tambahnya juga, dia memberikan respon tersebut adalah berdasarkan pencarian pelakon utama pada sesi pencarian bakat.

“Saya mengeluarkan kenyataan berkenaan rupa itu penting berdasarkan pencarian pelakon utama menerusi sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019). Tak ada niat pun nak menghina ciptaan Tuhan,” kelasnya lagi.

Terdahulu, pemilik nama lengkap Zaidah Awang itu ada memberikan reaksi tersebut ketika menjadi juri di sesi uji bakat lakonan bersempena dengan DFKL2019 minggu lalu.

Foto: Instagram A.Aida

Published by
MH