Reda akan pemerigian cucu sulungnya pada 18 November lalu, penyanyi Gmie Screen berkongsi momen pilu saat jenazah cucunya, Siti Adinda Raudhah dikebumikan.

Bayi perempuan itu dilahirkan pra-matang pada 23 Oktober lalu.

Kesan dari itu, bayi comel itu terpaksa menerima beberapa suntikan dan badannya dipenuhi wayar.

Bagaimanapun, Gmie atau nama lengkapnya Hajmi Haji Ibrahim tenang menerima dugaan yang menimpa diri dan keluarganya.

“Bismillahirrohmannirrohim. Terima kasih kepada keluarga… saudara-mara.. jiran..sahabat.. media dan semua yg hadir…Terima kasih Ustaz Rizal.

“Terima kasih juga atas ucapan takziah…kata2 semangat dan doa daripada kalian.

IKLAN

“Inshaa Allah…Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah…
Kami sekeluarga redha dgn pemergian bidadari syurga kami.

“Kami juga memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan kekurangan.

“Semoga kita semua sentiasa dlm kasih sayang Allah dunia dan akhirat. Amiinn,” kongsinya sambil disertakan video saat jenazah Adinda dikebumikan.

IKLAN

Sementara itu, anak Gmie iaitu Siti Hadirah turut berkongsi video di saat pemergian anaknya itu.

IKLAN
View this post on Instagram

Innalillahiwainnailaihirajiun… Terime kasih ya Allah kerana meminjamkan bidadari kepadaku. Anugerah yang tak ternilai yang Dikau pernah beri kepadaku. Adinda… mama minta maaf mama tak dapat nak jage dinda. dinda tadi subhanAllah cantik sangat sangat. insyaa Allah dinda tunggu mama di syurga ye dengan abah. tolong panggil mama dengan abah ye dekat sane nanti. mama pun tak sanggup nak tengok dinda mama ni dengan wayar2 sane cucuk sane sini. kesian sayang mama. dinda penat kan. okay takpe sekarang mama bagi dinda rehat.. rehat elok2 ye dekat sane. jangan lupa mama dengan abah tau. mama abah semua orang akan rindukan dinda okay. mama abah sayang dinda. Al-Fatihah bidadariku Siti Adinda Raudhah Binti Muhammad Ridzzuan. ❤️ 23/10/2019 – 18/11/2019 #Al-Fatihah #babypramatang #anaksyurga

A post shared by @ sitiihadirah on

Terdahulu, Hadirah dan suami, Muhammad Ridzzuan bernikah pada 24 Mac lalu.

Video/ Foto : Instagram, Gmie Screen, Siti Hadirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI