Beberapa jam selepas Fasha Sandha memaklumkan berita sedih alami keguguran, suaminya pelakon Aidil Aziz turut  tampil memberikan reaksi menerusi media sosial.

Perkongsian tersebut dibuat Aidil sebentar tadi dengan menyatakan dirinya reda terhadap segala ketentuanNya.

“REDHA ITU PASTI , SEBAB BELUM REZEKI ,
KAMI AKAN USAHA LAGI , DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI,” tulisnya ringkas bersama foto yang merakamkan dirinya sedap mengucup dahi Fasha.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, para peminat tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat pasangan ini selain mengharapkan agar suami isteri tabah dalam menghadapi ujian.

“Reda Itu Pasti, Sebab Belum Rezeki,” – Fasha Sandha Keguguran, Ini Reaksi Tenang Suami, Aidil Aziz “Reda Itu Pasti, Sebab Belum Rezeki,” – Fasha Sandha Keguguran, Ini Reaksi Tenang Suami, Aidil Aziz

IKLAN

Terdahulu, pasangan selebriti mendirikan rumah tangga pada pada 30 Mac lalu.

IKLAN

Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Foto: Instagram Aidil Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI