Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan hos, Norman Hakim ada memaklumkan ibu tercinta, Kamariah Kamat bakal berangkat ke tanah suci Mekah.
Keberangkatannya ke sana bersama jemaah lain untuk menunaikan umrah.
Dalam pada itu, pelakon tampan berusia 43 tahun ini ada berkongsi rasa bersama peminatnya di laman media sosial berkenaan.
“Sayang yang paling dalam Terima kasih untuk segala doa mak @kamariah.kamat.
Ads
“Always bear in mind,redha mak kita adalah redha Allah s.w.t.
“Balik sembah salam sebelum berangkat ke Makkah. But first,back to KL for @mingguanwanita TV,” tulisnya.
Pelakon versatil, Fasha Sandha ada berkongsi satu video yang merakamkan aksi spontan anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha saat pertama kali bertemu adik mereka, Aisha Amaira.
Dilahirkan pada 7 Ogos lalu, kehadiran permata hati Fasha dan suami, pelakon Aidil Aziz itu turut diraikan bekas suami Fasha, Rizal Ashram.
Sehingga kini, video yang dimuat naik di Instagram TV itu sudah pun menerima lebih 500,000 kali tontonan.
“Memandangkan hari ni hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak2 ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira.
“Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha. Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni.
“Lepas dua kali ibu keguguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada.
“Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus2 Alhamdulillah Allah ganti babygirl yang sihat dan sempurna , Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Malah, pelakon drama bersiri Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut memberikan kredit kepada team terlibat yang merakamkan momen indah berkenaan.
“Terima kasih adik EL @cameo.x belanja momen indah ni, kalau kami semua nak amik pakai phone memang tak dapat la momen2 ni.
“Siapa rasa nak rekod video momen2 indah , panggil lah EL ni. Harga dia pun berpatutan , video pun cantik.
“Ni review ikhlas tau, kami guna dia dari orang tak kenal dia lagi. Lepas ni dia dah famous harap tak lupa diri kan,” jelasnya lagi.
Usahawan, Carl Samsudin tampil membuat permohonan maaf berhubung isu video tular yang memaparkan dirinya bersama seorang warga emas seperti yang hangat diperkatakan sejak semalam.
Menurut Carl, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai niat untuk bertindak sedemikian sebaliknya kehadirannya ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) itu hanyalah untuk membantu komuniti tersebut mengubah hidup.
“Berkenaan video pendek yang tular baru baru ini, saya tidak pernah berniat ingin menghina sesiapa terutama uncle tersebut. Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadap kepada sesiapa terutama warga tua, saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan.
“Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang esa.
“Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradaban saya,” tulisnya.
Permohonan maaf tersebut dikongsikan oleh Carl menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sewaktu dia ke pusat tersebut, dia telah pun menyantuni kesemua warga emas tersebut dengan baik dan kesemua mereka turut senang dengan kehadiran sepanjang berasa di sana.
“Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Sebab itu, saya tidak terfikir akan ada sesuatu yg kurang baik dari video tersebut dan saya post di soksial
media saya. Saya mohon maaf.
“Tidak pernah terlintas diminda saya
untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga sama seperti mereka pernah susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu. Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Carl turut memaklumkan dia akan berjumpa semula dengan warga emas tersebut untuk memperbetulkan kesilapannya itu.
“Sedangkan saya sendiri adalah manusia yang hina penuh dengan dosa. Sekali lagi jika video pendek itu menimbulkan rasa kurang senang bagi orang ramai saya mohon maaf bagi pihak saya kepada orang ramai.
“Dan insyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan berjumpa uncle tersebut sekali lagi untuk mohon maaf dan perbetulkan kesilapan saya,” akhirnya.
Menerusi kenyataan yang sama, Carl memberitahu dirinya juga turut telah dikompaun oleh pihak polis gara-gara didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard ketika berada di pusat berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Carl Samsudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...