Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan hos, Norman Hakim ada memaklumkan ibu tercinta, Kamariah Kamat bakal berangkat ke tanah suci Mekah.
Keberangkatannya ke sana bersama jemaah lain untuk menunaikan umrah.
Dalam pada itu, pelakon tampan berusia 43 tahun ini ada berkongsi rasa bersama peminatnya di laman media sosial berkenaan.
“Sayang yang paling dalam Terima kasih untuk segala doa mak @kamariah.kamat.
“Always bear in mind,redha mak kita adalah redha Allah s.w.t.
“Balik sembah salam sebelum berangkat ke Makkah. But first,back to KL for @mingguanwanita TV,” tulisnya.
Di samping itu, peminat juga mendoakan agar urusan ibu Norman di tanah suci Mekah dipermudahkan.
Sekadar informasi, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon dilahirkan pada 8 Januari 1976 di Kuantan, Pahang.
Foto: Instagram Norman Hakim