Penerbit Datuk A. Aida mengumumkan perceraiannya dengan Ariff Aziz, 30, pada 25 April lalu menerusi sebuah sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Sidang media tersebut antara lain dibuat penerbit berkenaan bagi menjelaskan hal sebenar berikutan timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya sebelum ini.
“Penjelasan telah dibuat oleh peguam saya dan seperti yang dinyatakan, pada 25 April saya telah bercerai. Cuma apa yang boleh saya cakap, jodoh ajal itu adalah rahsia Allah.
“Saya minta kalian untuk mendokan yang baik-baik sahajalah,” katanya pada sidang media berkenaan.
Ditanya sama ada dia sudah serik untuk mendirikan rumah tangga memandangkan ini merupakan kegagalan bahtera rumah tangga yang dibinanya buat kali keempat, Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang punya jawapan sendiri.
Jelasnya, tiada siapa yang mendirikan rumah tangga untuk berpisah.
“Macam yang saya beritahu sebelum ini, jodoh dan ajal itu rahsia Allah. Siapa yang nak kahwin untuk bercerai-berai. Tapi itulah sampai di situ sahaja jodoh kita, saya reda dan tawakal.
“Punca itu biarlah. Bila berlaku sesuatu perceraian, maknanya tiada jodoh.
“Bila terjadinya perceraian, maknanya ada masalah. Jadi bila saya rasa sudah tidak mampu lagi untuk bersama dengannya saya berjumpa dengan peguam dan berbincang.
“Seperti yang ditanyakan, pada 4 April saya failkan cerai, minta kebenaran untuk berpisah secara baik,” katanya yang turut mengakui tidak lagi berhubung dengan bekas suami sejak berpisah secara rasmi.
Ditanya adakah sikap bekas suami hingga menyebabkan perpisahan ini berlaku, Aida tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal berkenaan.
“Lumrah manusia bila bercinta semuanya wangi. Bila berlaku perpisahan, macam-macamlah. Jadi biarlah rahsia.
“Cuma saya buat sidang media untuk menjelaskan spekluasi yang banyak tanya mengenai status saya. Untuk elak fitnah dan saya pun penat dan rasanya lebih baik saya umumkan saja.
“Kalau boleh saya nak sorok saja, tapi tidak boleh sebab masyarakat asyik bertanya. jadi saya jelaskanlah,” kongsi Aida yang merakamkan rasa syukur kerana anak-anak menjadi penguat semangat dalam mengharungi ujian hidup.
Pada masa sama, A.Aida turut menjelaskan perpisahan yang berlaku juga tiada kaitan dengan orang ketiga.
Difahamkan, keduanya mulai rapat ketika Ariff menjayakan beberapa projek drama di bawah produksi A Aida sekitar 2015, namun hubungan kian intim sejak awal tahun lalu.
Ikuti sidang media secara langsung menerusi FB Live MH.
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/2189872147976894/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI