
Merakam video bersama ibu ketika sedang membeli-belah, pelakon, Reen Rahim āmengusikā nakal ibunya yang juga seorang pelatah.
Menerusi Youtube Channel, Reen Rahim Official, dia menyakat ibunya setiap saat ketika ibunya sedang membeli barang.
āAwas korang yg mak2 die belum terlepas beli barang dapur sendiri semenjak pkp ari tu,pastikan mak korg terus duduk rumah,ā tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan dua beranak itu.
Dalam perkembangan lain, Reen yang memegang watak sebagai Akma menerusi filem seram,Town Mall arahan Hasrudi Jawawi telah disiarkan di Astro First pada 25 Jun (semalam) di saluran Astro 480.
Video : Youtube Channel Reen Rahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tangan Siapa Yang Tongkat Dagu Zahirah Macwilson Dalam Video TikTok, Netizen Siap Stalk IG Aiman Hakim Bagi Kenalpasti Jam Tangan!

Semalam, pelakon cantik Zahirah Macwilson ada berkongsi video ābersemutā yang dibuat menerusi aplikasi TikTok. Lalu, video tersebut turut dimuat naik menerusi Instagram.
Dalam ramai yang memuji video yang kelihatan cukup comel darinya, ramai juga yang tanya tangan yang menampung dagu runcing Zahirah milik siapa?
Pastinya, ramai yang meneka tangan tersebut adalah milik kekasih hatinya, pelakon Aiman Hakim Ridza. Malah, siapa ada netizen yang āstalkā dengan mengenalpasti jenis jam tangan hitam yang dipakai Aiman.
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Jelas, ia betul berdasarkan warna dan bentuknya! Jom usha beberapa foto milik Aiman di Instagram pula. Hurm, macam samakan?
View this post on InstagramA post shared by @ aimanhakimridza on
Pada masa sama, ada juga yang meneka dan mengharapkan agar mereka cepat-cepat kahwin!
Aduhai, macam-macam gelagat peminat ni kan? Yang penting, keduanya memang sama cantik sama padan!
Foto: Instagram Zahirah/Aiman Hakim Ridza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
āNi Namanya Rezeki Suami Isteri,ā- Kata Isteri Norman Hakim, Memey Suhaiza

Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Pemilik nama lengkap Suhaiza Suhaimi ini ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
Kongsi ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia dan suaminya Norman Hakim telah menerima anugerah ā100 Top Young CEO 2019ā.
āNi namanya rezeki suami isteri Susah senang bersama inshaAllah..Tq for everything love Tq @100tyc2019 #100tyc2019#topyoungceo2019 tq too pd semua yg doakan baik2 utk kami .Dress @buttonmybuttons,ā tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Lantas, perkongsian pelakon berusia 33 tahun ini mendapat perhatian daripada peminat.
Dalam pada itu, peminat memberi ucapan tahniah kepada pasangan pelakon ini.
Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Foto : Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
āBapa Saya Menghembuskan Nafas Terakhir Kira-Kira Jam 7.30 Malam Tadi,ā ā Pelakon Veteran Zulkifli Zain Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain meninggal dunia di kediamannya akibat komplikasi pelbagai penyakit kira-kira pukul 7.30 malam, Sabtu pada usia 76 tahun.
Berita sedih itu dimaklumkan anaknya yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.
Menurut Norzizi seperti yang dipetik mStar, jenazah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, pada Ahad sebelum solat zohor.
āYa⦠bapa saya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dia meninggal dunia di rumah akibat komplikasi banyak penyakit.
āInsyaAllah, esok (Ahad) sekitar pukul 9 pagi jenazah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sebelum solat zohor,ā katanya seperti yang dipetik.
Sekitar Mac lalu, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu berada dalam keadaan kritikal apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.
Zulkifli dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang pada 7 Mac lalu.
Untuk rekod, Zulkifli yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar itu pernah diserang angin ahmar pada 2016.
Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.
Selain Norzizi, Allahyarham juga mempunyai empat orang cahaya mata lagi iaitu Norzaza, 38, Norzazila, 36, Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI