Perkongsian daripada pelakon senior, Kazar Saisi di Instagram pagi ini menjadi sorotan warga maya.
Meski tidak memperincikan sebab dia menulis kapsyen sedemikian, namun ia dipercayai ada kaitan dengan isu hangat melibatkan anaknya, Ira Kazar.
Ira yang juga pelakon,
baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Syamsul Yusof sekaligus bermadu dengan Puteri Sarah Liyana.“Rehat jap… Penat kena buli….huhu. Cu (see you) at some fine day…kikiki,” tulisnya ringkas menerusi foto ‘background’ hitam yang dimuat naik.
Terdahulu menantunya, Syamsul di dalam hantaran video pengakuan perkahwinannya pada Jumaat lalu menyebut Kazar atau nama sebenarnya, Kazaruddin Saisi, 64, menjadi wali pernikahan anaknya di Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini