“Rehat Lama Dalam Industri Hiburan, Namun Astro Beri Peluang,” – Syukur, Siti Nordiana Tak Percaya Kerjaya Kembali Bersinar

Share

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ada mengimbau kembali kenangan dalam meniti perjalanan sebagai seorang penyanyi.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun stesen televisyen satelit, Astro yang ke-25, Nana memberitahu Astro telah memberi peluang untuk dirinya kembali mengorak langkah dalam karier seni.

Difahamkan, penyanyi yang sinonim dengan lagu Cinta Hanya Sandaran ini pernah berehat seketika dalam karier seni nyanyian sebelum menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada tahun 2015.

Namun, atas semangat dan sokongan daripada keluarga membuatkan anak peneroka Felda ini kembali berjaya untuk menjadi seorang penyanyi yang dikenali ramai.

“Nana rasa tak percaya bila lagu nana keluar radio pertama kali.. masa tue umur 15 tahun..nana rehat lama dlm industri hiburan..namun @astromalaysia beri nana peluang untuk mewarnai kembali dunia seni tanah air..

“keluarga dan anak selalu di belakang nana masa nana jatuh dan naik..merekalah motivasi untuk nana bangkit semula!!

“Jangan pernah putus asa!! Kita kena kuat kita kena ada niat yg betul sebelum melakukan sesuatu ..dengan kenyakinan gadis kampung seperti nana pun boleh berjaya InsyaAllah,”

“Terima kasih kepada semua yg menyokong kareer nana selama ini
#KitaTeguhBersamaLayari bit.ly/25yearsBetterTogether Untuk lebih lanjut #Astro25years #BetterTogether,” tulisnya.

Foto: Instagram Siti Nordiana

Published by
Nazar Rafiqhi