Pelakon Anna Jobling, sanggup menjerut leharnya sendiri sehingga sukar bernafas demi menjayakan salah satu babak cemas menerusi filem seram Indonesia, Lembayung.
Menurut Anna, dia rela mengambil risiko tersebut bagi memastikan babak tersebut kelihatan jelas dan realistik.
“Saya sanggup melakukan babak tersebut dan tidak berasa takut. Ketika penggambaran, ada lebih 100 kru produksi di belakang kamera.
“Mereka yang mengawal tali jerut itu juga ramai. Pihak produksi mengambil masa yang lama untuk bina set tersebut supaya ia benar-benar selamat. Mereka juga sangat pakar.
“Babak tersebut tidak memakan masa yang sama. Jadi, saya tahu cara nak menahan nafas agar babak itu nampak nyata. Ketika dijerut, saya memang tak dapat tahan nafas.
“Bila penggambaran dihentikan, mereka lepaskan tali itu dan saya boleh bernafas. Di bawah juga ada orang yang akan sambut kaki saya,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran program Dewi Remaja 2018/19 itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam gala filem Lembayung yang berlangsung di Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara pada Selasa.
Ads
Katanya lagi, dia juga mahu membuang stereotaip yang mengatakan dirinya hanya sekadar pelakon yang menjual rupa semata-mata.
“Saya buat filem ini untuk tunjukkan kepada semua orang bahawa saya bukan sekadar pelakon yang hanya mampu bawa watak wanita cantik, ayu, baik dan dramatik sahaja.
“Sebaliknya, saya juga mampu membawa watak yang berbeza. Bila membawakan watak hantu, saya tak mahu terlihat cantik. Saya nak watak ini betul-betul jadi seperti hantu.
Ads
“Jadi, proses untuk menghidupkan watak dan menentukan penampilan dalam filem ini sangat lama. Saya juga memakai kanta lekap yang membuatkan penglihatan hilang 90 peratus,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah berdepan pengalaman mistik sewaktu penggambaran filem Lembayung, ini perkongsian Anna;
“Saya ada diganggu tapi bukan di set penggambaran. Sebaliknya, ketika saya pulang ke villa selepas penggambaran. Saya dan pengurus telah ditindih ketika sedang tidur.
Ads
“Kami bangun dan berzikir bersama sehingga kami berasa selesa. Bila bangun pagi dan saya bertanya insiden itu kepada pengurus, dia tak ingat apa-apa.
“Jika dengar cerita ini, mungkin kalian tak rasa apa-apa tapi ketika itu, saya memang dapat rasa suasana yang sangat seram,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan pengarah dan pelakon terkenal di Indonesia itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Disember ini.
Selain Anna, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Arya Saloka, Daffa Wardhana, Yasamin Jasem dan Taskya Namya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Anna Jobling
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita pemergian penyanyi Sandra Dianne nyata mendapat perhatian meluas daripada rakan selebriti dan peminat industri hiburan tanah air.
Lalu, masing-masing memberikan penghormatan terakhir dan turut sedekahkan al-Fatihah atas pemergiaan.
Kami kongsikan, latar belakang mengenainya.
1.Sandra Dianne atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuri telah dilahirkan pada 16 September 1994 di Tuaran, Sabah.
2.Bintang berusia 26 tahun ini beragama Islam dan dibesarkan di Sabah sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kira-kira lima tahun lalu.
3.Sandra merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran, Sabah.
4.Selepas itu, Sandra memiliki kelulusan dalam bidang Architectural Drafting.
5.Ketika berusia 20 tahun, Sandra pernah menyertai program realiti nyanyian Mentor Lagend di TV3 dan merupakan anak didik kepada penyanyi Dayang Nurfaizah.
6.Pada tahun 2015, Sandra telah mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Hey Kau ciptaan Tam Spider dan penulis lirik oleh Iman Imran.
7.Penyanyi kelahiran Sabah ini merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam program Big Stage 2020 terbitan Astro.
8.Siapa menduga, Sandra terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 5 September lalu ketika sedang menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat program berkenaan.
9.Arwah Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September selepas koma selama 5 hari di Hospital Putrajaya.
10.Memetik Harian Metro, jenazahnya akan dikebumikan di Sabah.
Foto: Instagram Sandra Dianne
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara senior, Jaafar Onn tampil menjelaskan hal sebenar susulan muat naik sekeping fotonya yang sedang melalui proses pernikahan di media sosial hingga menimbulkan salah sangka wargamaya.
Jaafar, 71, berkata susulan foto berkenaan, dia dihujani mesej dan panggilan yang cuba bertanyakan kesahihan perkara tersebut.
“Sebenarnya itu hanya babak lakonan saya untuk iklan makanan. Saya adalah duta jenama ini. Kononnya saya berkahwin dengan janda dua anak.
“Pening juga nak menjawab. Saya kata pada mereka, adakah saya tak boleh berkahwin lagi pada usia 71 tahun sekarang?
“Tak dinafikan ada pelbagai kategori wanita iaitu janda anak satu, janda anak dua dan anak dara tua yang sudi nak berkahwin dengan saya,” katanya lapor Harian Metro.
Sementara itu berkongsi mengenai perkahwinan, Jaafar yang cukup sinonim menerisi drama bersiri Cili Padi suatu ketika dahulu mengakui dia terpaksa menolak atas pelbagai faktor.
“Saya fikir mereka ini masih muda. Jadi, fikir habis-habis sebelum kahwin dengan Jaafar Onn. Bukan saya tak nak kahwin tapi tak mahulah anak-anak tiri tak boleh terima. Saya memikirkan banyak benda sebelum nak kahwin lagi.
“Tambah lagi wanita yang ada anak. Adakah dia mengharapkan saya bantu anaknya sekolah? Mungkin juga perempuan itu susah dan bergantung harapan pada saya?,” katanya.
Jaafar tidak mahu apabila dia terlantar sakit, perempuan itu enggan menjaganya.
“Masa sedang kuat memanglah ramai suka tapi kalau sakit? Apapun orang yang rasa diri itu boleh nak kahwin, kahwinlah.
“Saya masih lagi dapat berfikir selepas mengalami insiden bergaduh dengan isteri kerana cemburu. Saya tak larat dengan sikapnya sampaikan nak berkawan pun tak boleh. Kemudian ahli keluarga sibuk masuk campur pula. Saya tak nak pisang berbuah dua kali,” katanya lagi.
Meski tidak menolak jodoh, Jaafar berkata, keluarga ada memintanya untuk berkahwin agar ada peneman yang boleh menjaga sakit peningnya nanti.
“Itu memang betul. Tapi fikiran kita kena matang fikir mengenai kahwin. Kalau ada jodoh Allah tetapkan maka kahwinlah saya. Sekarang saya hanya fikir buat kerja kebajikan bantu orang.
“Sesiapa golongan susah yang nak makan minum boleh jumpa saya. Yang nak sedekah atau menyumbang kepada anak yatim pun boleh buat menerusi saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...