Kalau kita lihat sekarang, banyak betul ayat-ayat seperti ‘relationship goal’,’ wedding goal’ dan sebagainya diutarakan oleh netizen sekarang.
Kadang-kadang MH macam blur juga, adakah ini merupakan trend orang zaman sekarang? Maklumlah, susah juga nak ‘keep up’ dengan trend yang sering berubah-ubah ini.
Bagaimanapun, baru-baru ini bila melihat ‘contoh’ oleh penyanyi dan pelakon, Alif Satar, barulah MH faham maksud sebenarnya ‘relationship goal’ ini.
Jelesnya MH baca teks pesanan ringkas Alif Satar buat isterinya ketika malam Anugerah Juara Lagu ke-32 tempoh hari. Bukan setakat bersemut, boleh dapat diabetes sekali tau!
Kalau korang nak tahu, perkongsian yang dilakukan oleh isteri Alif, Shadila Halid mendapat banyak respon positif di laman Twitter.
She so lucky to have Alif Satar in her life ?❤ #RelationshipGoals pic.twitter.com/cnPQUXIUZX
— sabrina (@sabrinaasazali) February 11, 2018
Rata-rata peminat semua cair dengan ucapan dan kata-kata manis Alif tersebut dan MH yakin mesti ramai para wanita di luar sana inginkan lelaki yang ‘gentleman’ sebagai calon suami.
Bagi MH, memang ‘sweet’ habislah apa yang Alif lakukan untuk isterinya, susah tau nak jumpa lelaki yang macam ini.
Apa-apapun, MH harap para wanita yang cair di luar sana bawa bertenang dan janganlah letakkan ‘par’ yang begitu tinggi dalam mencari calon suami tu.
sumber: IG dan Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI