Kemeriahannya kian terasa. Festival Filem Malaysia ke-32 ( FFM32) menyaksikan filem Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Al-Bakri mendomimanasi dengan 14 kategori daripada 26 kategori yang dipertandingkan.
Antara pencalonan tersebut adalah Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Harapan.
Manakala filem ketenteraan Air Force The Movie Selagi Bernyawa pula meraih 13 pencalonan antaranya menerusi Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.
FFM32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan memperlihatkan filem Juang mendapat 10 pencalonan manakala Abang Long Fadil pula unggul dengan sembilan pencalonan.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa pula menyifatkan FFM32 sebagai manifestasi kepada usaha kerajaan memperkasakan industri perfileman negara.
“Beberapa pembaharuan seperti pengenalan Anugerah Khas Filem Antarabangsa melalui penglibatan filem-filem dari luar negara.
“Manakala pemilihan Melaka sebagai lokasi utama penganjuran merupakan usaha meningkatkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti,” katanya.
Bertemakan ‘Filem Kita, Citra Kita’, FFM32 pada tahun ini merupakan penjenamaan dan kecemerlangan penerbitan filem tempatan yang bergerak secara progresif seiring dengan pembangunan kualiti dan kandungan beridentitikan nilai tempatan serta berjaya mencipta impak di peringkat domestik dan antarabangsa.
Kesemua 26 pemenang masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
Sementara itu, tiga kategori khas iaitu Anugerah Seniman dan Seniwati Terbaik Sepanjang Zaman akan menerima wang tunai sebanyak RM15,000 manakala Anugerah Penggiat Belakang Tabir akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000.
Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 5,000 dan Anugerah Filem Terbaik pula bakal menerima Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.
Terdahulu, Malam Anugerah FFM32 bakal dipancarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjadi kumpulan yang sering mendapat markah undian peminat tertinggi setiap minggu, Chubb-E menolak dakwaan peminat mengundi semata-mata berdasarkan rupa paras dalam program hiburan, Dansa Dan Sing.
Jelasnya, dia dan Zeppo Youngsterz tidak bersandarkan pada rupa semata.
Sebaliknya, setiap minggu setiap daripada ahli kumpulannya memberikan yang terbaik di atas pentas rancangan hiburan yang berteraskan tarian dan nyanyian itu.
“Syukur kerana peminat mengundi kami setiap minggu. Jika dikatakan mereka mengundi kerana kami comel, itu merupakan bonus.
“Namun saya yakin mereka mengundi kerana persembahan. Kami tidak kacak atau comel mana. Kami fokus memberikan persembahan terbaik.
“Sudah masuk minggu kelima, semua otot-otot saya sudah mula hidup kerana saya bukanlah penari. Saya boleh menari tapi bukan seorang penari,” jelasnya kepada MH.
Penyanyi berusia 20 tahun ini turut meluahkan kegusaran apabila menyentuh akan keputusan tiada penyingkiran bagi minggu kelima.
Walaupun rasa lega, namun dia tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya.
“Apabila tiada penyingkiran, saya lebih risau kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, berapa pula penyingkiran yang akan dilakukan. Tekanan semakin bertambah,” jelasnya.
Pada minggu kelima saingan, dia dan para penarinya memperoleh tempat pertama pada minggu kelima dengan jumlah markah 108.97 peratus.
Arja Lee terselamat daripada disingkir apabila mendapat jumlah markah terendah daripada undian online dan markah juri profesional dengan hanya mencatat 78.47 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Liza Abdullah,55, menyifatkan tiada siapa pasangan berkahwin yang inginkan perceraian pada kemudian hari.
Malah, bintang senior yang diperkatakan menerusi wataknya sebagai Mak Leha dalam drama rantaian, 7 Hari Mencintaimu ini mengakui, sesiapa juga tidak terlepas daripada melakukan khilaf.
“Bagi saya, sesiapa sahaja boleh berdepan dengan situasi berlakunya perpisahan meski dia imam sekali pun.
“Malah, apabila berlakunya perceraian suami isteri misalnya, kita yang terlibat mungkin tak dapat lari daripada melakukan khilaf.
“Apa pun yang berlaku, kita perlu teruskan kehidupan.
“Kalau usaha untuk kekalkan jodoh itu tidak berjaya, semuanya sudah diaturkan. Saya percaya, sesiapa pun tidak mahu penceraian dalam perkahwinan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata in bagaimanapun, masih menjalinkan hubungan baik bersama bekas suami meski sudah berpisah sejak kira-kira enam tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya diberikan kekuatan dan bersyukur sebab saya dengan bekas suami masih berhubung dan berkawan demi anak-anak.
“Istilah bercerai itu hanya di atas kertas sahaja, tetapi hubungan itu masih lagi berjalan dengan baik.
“Maksud saya, jika ada majlis melibatkan anak-anak atau majlis sambutan Aidilfitri, kami masih kenakan pakaian sedondon.
“Walaupun berpisah, saya dan anak-anak masih baik dengan bekas suami, ipar duai dan saudara-mara semua.
“Saya bersyukur sebab menjadi sekrang yang kuat. Bahkan sejak muda lagi saya juga jenis yang kuat bekerja.
“Jadi saya fikir sampai berapa lama kita nak bersedih? Hidup perlu diteruskan sebab kita ada tanggungjawab yang lain-lain seperti anak-anak, keluarga dan kerjaya.
“Kalau kita hanya nak sedih dan menangis memang kita tidak akan kemana-mana.
“Sejujurnya juga tidak ada perubahan ketara selepas penceraian memandangkan saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya lagi.
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama Zolkifli Abdul Rahman dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Namun keduanya mengambil keputusan untuk bercerai talak satu di Makhamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Febuari 2014.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!