Mengejutkan apabila sekumpulan remaja dipanah petir di Shah Alam yang mengakibatkan seorang maut dan tiga lagi cedera parah, baru-baru ini.

Prihatin akan kemalangan jiwa yang berlaku, Fizo Omar menerusi laman Instagram memberi peringatan agar berhati-hati menggunakan telefon bimbit ketika hujan lebat dan ribut petir.

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH

IKLAN

“Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yg terlibat dengan panahan petir yg berlaku di Setia Alam petang semalam..

Peringatan buat yg lain, berhati-hati dalam penggunaan telefon bimbit ketika hujan lebat terutamanya apabila berada di kawasan luar, kerana malang tidak berbau.. Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat mangsa kejadian,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

IKLAN

Walaupun segalanya telah ditakdirkan, namun sebaik-baiknya kita cuba mengelak daripada sebarang punca kemalangan. Takziah MH ucapkan.

Foto – Instagram Fizo Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI