Pelakon, Diana Danielle ada memuat naik sebuah video bersama suami yang juga merupakan seorang pelakon, Farid Kamil di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan pasangan berkenaan sedang menikmati aktiviti di atas kapal sewaktu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Dalam pada itu, Diana turut mempelawa orang ramai supaya menonton video terbarunya yang di muat naik di laman Youtube.

IKLAN

“New vlog post! D & F masak rendang for the first time. Nak tahu haru ke tak, tekan link in my bio! (or search DianaDanielleTV on Youtube,” tulisnyanya.

Video tersebut nyata menarik perhatian ramai yang teruja melihat Diana mengucup pipi Farid itu.

IKLAN

Malah, ada juga yang menyifatkan telatah pasangan tersebut mengingatkan mereka kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami, allahyarham Ashraf Sinclair.

“Reminds Me Of BCL & Arwah Ashraf Sinclair,” – Kucup Pipi Farid Kamil Atas Kapal, Video ‘Sweet’ Diana Danielle Buat Ramai Teruja “Reminds Me Of BCL & Arwah Ashraf Sinclair,” – Kucup Pipi Farid Kamil Atas Kapal, Video ‘Sweet’ Diana Danielle Buat Ramai Teruja

IKLAN

Terdahulu, Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 November 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber: Instagram Diana Danielle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI