Program hiburan realiti, The Masked Singer Malaysia sudah pun hampir sampai ke penghujung dan setakat ini, pelbagai momen lucu dan spontan yang dapat ditonton sepanjang program.
Selain kejutan dari para pesertanya, gelagat sembilan juri turut mencuri perhatian.
Remy Ishak misalnya ada memberikan pendapat mengenai rakan juri, Nabila Huda yang disifatkannya sebagai seorang rakan yang baik dan gila-gila.
“Duduk sebelah abil aku rasa selamat, energy dia lain macam.
“Senang kerja aku jadinya, tak perlu banyak cakap, gelak je.
“Tapi dia selalu lost, macam acik-acik jua. Abil gila!,” tulisnya pada kapsyen yang merakamkan aksi kandid mereka berdua di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan pandangan sendiri dan tidak kurang yang bertanya mengenai gandingan mereka berdua di kaca televisyen.
The Masked Singer Malaysia disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam dari Teater Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).
Program tersebut dikendalikan Datuk AC Mizal manakala Izzue Islam dan Elly Ariffin bertindak selaku hos siri Live+.
Selain Remy dan Abil, tujuh lagi juri terlibat ialah Datuk Aznil Nawawi, Raja Azura, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Michael Ang dan Angah Raja Lawak.
Foto: Instagram Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Saya Bawa Watak Penyondol, Tetapi Saya Benci Spesis Macam Ni Sebab…,” – Nad Zainal Berkongsi, Puteri Sarah Luah Rasa
Sesi ‘IG Live’ yang berjalan di antara Nad Zainal dan Puteri Sarah Liyana yang membincangkan hal-hal berkaitan isu rumah tangga mencuri perhatian netizen.
Antara lain, Nad Zainal di dalam perbualan menyatakan perasaannya terhadap orang ketiga atau perosak rumah tangga orang.
“Saya nak cakap apa pun tak boleh sebab saya pun berlakon jadi watak penyondol (watak Kirana dalam Dosa Seorang Isteri). Apa pun kita doakan Sarah kuat sebab semua tahu semua di pihak kamu. Kamu sejenis wanita kental.
“Walaupun saya bawa watak penyondol, tetapi saya benci spesis macam ni sebab kita ni sebab kita perempuan, sepatutnya kita kena support perempuan.
“Apa pun terjadi, kalau si suami burukkan isteri, kita kena fikir balik, next time mungkin dia boleh burukkan kita in future. Fikirkan dua tiga kali kalau kita nak hak orang ya. Jangan jadi macam Kirana,” katanya.
Sementara itu, Sarah pada masa sama turut mendakwa ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail pernah diganggu susulan isu terkait.
“Aku fikir selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Tetapi lama-lama bila aku asyik kena kacau dari segi mental, aku rasa dah tak boleh tahan. Cukup-cukuplah, aku dah penat.
“(Individu ketiga) Serang mak mentua aku dan lepas mak mertua aku blocked dia, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda?”
“Sepatutnya aku yang pergi hentam dan ganyang dia sebab dia ambil suami aku. Tapi aku diam. Engkau yang hentam aku macam aku ambil suami kau. Aku macam eh ini dah terbalik ni,” luah Sarah.
Sarah turut berkongsi dia turut mempunyai rakan yang bergelar isteri kedua, namun kawannya itu disifatkan cukup menjaga batas serta tahu menghormati madunya.
“Aku tengok kawan aku tu, dia hormat bini pertama, dia tak kacau malah dia pernah kena ganyang dengan bini pertama… dia duduk diam sahaja. Bini pertama pernah santau dia.
“Itu yang sepatutnya berlaku, ini aku pula yang kena sedangkan aku isteri yang halal,” cerita Sarah lagi.
Dalam sesi live itu juga, Sarah mendedahkan ramai yang beranggapan dirinya menghalang poligami sedangkan perkara itu dibenarkan dalam Islam.
“Kena faham satu benda ya, Rasulullah s.a.w berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat bukan ketika masih hidup. Para lelaki dalam ni tolong dengar baik-baik.
“Rasulullah sendiri tidak suka anak Baginda iaitu Fatimah dimadukan. Jadi tolonglah fahami agama Islam betul-betul. Jangan main cakap tentang lelaki boleh kahwin empat.
“Lagi satu kalau lelaki nak berpoligami, carilah keturunan yang baik-baik. Carilah isteri yang baik-baik,” kata Sarah lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tanpa Sebarang Rasa Ragu-Ragu, Saya Masih Menyayangi Faz,” – Fattah Amin
Pelakon Fattah Amin mengakui tiada wanita lain dalam hidupnya seperti didakwa di media sosial, ketika ini.
Perkara tersebut diperjelaskan susulan timbul dakwaan yang mendakwa dia bersikap curang terhadap isterinya, Nur Fazura sehingga isterinya itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.
Fattah berkata, dia juga terkejut apabila hanya mengetahui isterinya itu memfailkan perceraian melalui media sosial.
“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.
“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura),” katanya petik Harian Metro.
Fattah menambah, dia berharap orang luar dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isu keretakan rumah tangganya dapat diselesaikan secara tenang.
“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
“Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.
“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,” katanya.
Sebelum ini timbul spekulasi mendakwa Fattah curang bersama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.
Susulan itu, Instagram milik pelakon lelaki terbabit dibanjiri netizen apabila mereka ‘ambil bahagian’ sejurus berita perceraian pasangan itu dilaporkan media.
Menguatkan lagi perkara itu, pengawal peribadi aktres itu turut mendedahkan ada ‘penyondol’ yang menjadi pencetus konflik itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story, individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu berkongsi foto sedang makan bersama Fazura, pengurus Fazura iaitu Iman Tang, pembantu peribadi serta seorang wanita yang wajahnya ditutup menggunakan emoji haiwan.
Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ratusan Manusia Di Luar Rumah Hingga Ke Lorong2 Luar. Jenazah Belum Sampai,” – Cerita Ustaz Syed Kadir Sebelum Solat Jenazah Adik Afdlin Shauki
Benarlah kata orang, apabila perginya seorang hambaNya yang hebat, berita baik akan mula tersebar dan terbuka satu persatu.
Pemergian adik kepada Datuk Afdlin Shauki, Jefri Adzman Aksan semalam nyata dirasai keluarga dan teman-teman.
Ulas Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre yang hadir bagi mengetuai solat jenazah dan tahlil arwah, dia rasa kagum apabila begitu ramai insan yang berkumpul di luar rumah arwah meski jenazah belum tiba.
Ini kisah yang dikongsikan menerusi Instagram;
“Rasa kagum yg muncul apabila sampai ke rumah jenazah?
“Ya. Ini yg saya rasakan tadi. Apabila sampai, ratusan manusia di luar rumah hingga ke lorong2 di luar. Jenazah belum tiba. Saya berpusing2 mencari tempat utk meletak kereta. Terlalu padat.
“Biasa saja ramai yg hadir ke solat jenazah. Tapi utk begitu ramai berkumpul jam 1230 malam sedangkan jenazah belum tiba.. saya kagum. Pasti ada kebaikan pada jenazah.
“Saya berbual dgn pembantu Dato @afdlinshaukiofficial. Beliau memberitahu almarhum seorg yg sangat baik. Yg hadir adalah kawan2nya sejak kecil hingga skrg dan kawan2 @afdlinshaukiofficial.
“Beliau kata, kawan Abg Afdlin, kawannyalah. Persoalan mula terjawab.
“Apabila jenazah tiba, almarhum diletakkan betul di tempat almarhumah ibundanya diletakkan 8 bulan lalu. @afdlinshaukiofficial duduk berteleku juga di tempat yg sama. Saya sebak kerana saya ada juga pd mlm tersebut.”
Cuba merungkai kelebihan yang diterima arwah selepas pemergiannya, ustaz Syed menjelaskan seperti yang diceritakan oleh Afdlin, arwah seorang yang sangat suka bersilaturahim.
Malah, selepas kematian arwah ibu lapan bulan lalu, Jefri akan mengambil telefon milik ibunya dan menghubungi satu persatu sahabat untuk bertanya khabar.
“Selesai mengetuai tahlil dan solat jenazah kpd almarhum, saya dpt berbual dgn Abg Afdlin. Kata beliau, almarhum adalah adik yg sgt baik. Beliaulah “peacemaker” di dalam keluarga.
“Beliau paling rapat dgn almarhumah ibunda (seperti dlm gambar). Namun kelebihan beliau yg tiada taranya adalah silaturrahmi.
“Beliau mengambil phone almarhumah ibu dan menghubungi satu persatu kawan2 almarhumah untuk bertanya khabar.
“Saya katakan kpd Abg Afdlin, itulah amalan ahli syurga dan itulah cara berbakti kpd ibu yg telah tiada.
“Dlm perjalanan pulang, teringat hadis yg saya sebutkan selepas solat jenazah td, pabila jenazah yg lalu di hadapan Rasulullah dipuji2 oleh para sahabat. Maka kata Baginda, wajiblah. Wajib apa?tanya sahabat. Wajiblah syurga buatnya jawab Rasulullah.
“Moga Allah ampunkan dan rahmati sdr Jefri Adzman Aksan,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Syed Abdul Kadir Aljoofre (@syedkadir) on
Al-Fatihah buat Allahyarham Jefri Adzman Aksan dan takziah buat Afdlin seisi keluarga.
Foto : Instagram Syed Abdul Kadir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI