Pelakon popular kelahiran Indonesia, Renaldy Putra Ramadhana memaklumkan dirinya teruja apabila diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya di Malaysia.
Menerima tawaran membintangi filem Gadis Felai yang melakukan penggambaran ketika ini, Renaldy tidak menyangka apabila mendapat tawaran daripada syarikat produksi Malaysia.
“Sudah tentu tawaran ini tidak akan saya tolak sama sekali. Pada saya, ia pengalaman yang sangat berharga dapat bergandingan dengan pelakon di sini.
“Sejujurnya saya tidak mengenali sangat pelakon Malaysia, kecuali beberapa nama seperti Meerqeen yang mana dramanya, Melur Untuk Firdaus popular di Indonesia.
“Bagaimanapun saya sedia bergandingan dengan heroin filem ini iaitu Isyariana serta pelakon popular lain di sini,” katanya.
Ads
Renaldy menambah, kehadirannya dalam filem tersebut diharapkan mampu menjadi batu loncatan untuk dirinya lebih dikenali di negara ini.
“Saya sedar ramai juga pelakon Indonesia yang cukup popular dan terkenal di sini. Jadi, tidak mustahil dengan membintangi filem ini menjadi platform untuk peminat Malaysia mengenali saya.
Ads
“Pada masa akan datang, saya juga tidak kisah jika terus mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia, sama ada filem atau sinetron (drama),” katanya lagi.
Selain Renaldy, pelakon Indonesia yang turut membintangi filem arahan Zamri Zakaria itu termasuk Tsania Marwa.
Ads
Filem yang mula menjalani penggambaran 13 November lalu itu turut membabitkan lakonan Azrel Ismail, Norkhiriah dan Zaryn Min.
Menerusi naskhah berkenaan yang mengisahkan pelaburan Forex, Renaldy membawakan watak sebagai jejaka dari seberang bernama Eko.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keletah Moleiq iaitu anak kepada pasangan Johan dan Ozlynn beraksi di lensa kamera dengan aplikasi di telefon pintar mengundang tawa.
Wajahnya yang dihiasi solekan tebal dan keyakinan diri terhadap kecantikannya cukup menghiburkan.
Malah si ibu turut mempersoalkan sama ada Moleiq merupakan anak kepada Vicha Saywho atau Sherry Alhadad melihatkan kepada iras wajah yang hampir serupa.
“Bahahahahha ko yakin!!! Ko sgt yakin!!! Hahahahahaha aduu byk video Moleiq.. pecahhhh siakk… dia feeling dia lawo.. dh mcm opera cina woii!
“Hahaha yg penting keyakinan diri tu umpama ko mmg dr kayangan yek.. mmg teragungggg ko ni moleiq, mama bangga!
“Ok leher moleiq sesat dr sblm pkp.. x jumpa jln pulang… moga moleiq berjaya mendapatkan lehernya semula. @sherry_alhadad ni anak ko ke anak @vicha_barbie,” kongsinya.
Selepas hampir setahun tertangguh, pelakon, Sharifah Aryana menzahirkan rasa syukur apabila majlis resepsinya bersama suami telah pun berjalan dengan lancar pada Sabtu.
Menurut Aryana, dia sebenarnya sudah hampir putus asa untuk mengadakan majlis tersebut berikutan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh, namun dia berterima kasih kepada seluruh ahli keluarganya telah telah memberikannya semangat untuk tetap meneruskan urusan hari berbahagianya itu.
“Jad and I got married online last year when the second lockdown was announced. All our door gifts, venue semua dah confirm tapi disebabkan lockdown, semua benda tertunda.
“I’m not going to lie, banyak kali dah Yana nak give up, tak yah buat reception, tapi family Yana insisted and I’m thankful they did,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon, Sharifah Amani ini turut mendedahkandia sebenarnya lebih selesa untuk mengadakan majlis secara bersederhana dan tidak terlalu mewah.
Meskipun dia berharap agar dirinya dapat menjemput lebih ramai tetamu, namun, dia tetap reda dengan segala ketentuan Allah SWT.
“I’m not a lavish person who wants the most expensive things in life. My priority is having the people I love present, having fun and everyone having good food.
“I wish I could have had a bigger ceremony and that I could have invited more people tapi semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.
“At the end of the day, i walked down the aisle holding the hands of the man of my dreams and had all the important people in my life cheer me on. Alhamdulilah,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga perhubungan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“MasyaAllah, tabarakallah. Cantinya dua-dua. Congratulations, selamat pengantin baru sekali lagi.
“Congrats on having your reception. Thanks for reminding me that it’s always worth it to celebrate with love ones. Gorgeous couple.
“So happy it all turned out well Yana. Everyone looks so happy and full of love.
“MasyaAllah, such a handsome couple. Congratulations.
“Both of you are sweet and lovely,” antara komen-komen netizen dilaman Instagram.
Sekadar informasi, Yana dan suaminya, Jad Hanif Jimmy telah bernikah pada tanggal 15 Januari 2021 ketika negara sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sharifah Aryana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Percaya dengan rezeki, pengacara dan ahli perniagaan, Nana Mahazan,39, mengakui dirinya sentiasa reda atas segala ketentuan Allah SWT.
Meski tidak terarah di dalam menyanyi atau berlakon sejurus menyertai Akademi Fantasia musim pertama yang memperkenalkan namanya, isteri kepada Mohammad Raqeem Brian ini tetap rancak meneruskan survivalnya dengan cara tersendiri.
Siapa sangka menerusi peluang menjadi penyampai radio, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan ini seterusnya melangkah sukses di dunia pengacaraan selepas itu.
Laku kini bersama pengaruh yang dimilikinya di Instagram dengan 794,000 pengikut, hakikatnya ibu kepada dua cahaya mata ini masih kekal relevan dan kebal mengukuhkan jenamanya termasuk melebarkan empayar perniagaan kecantikan dan makanan.
“Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pinturezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa.
“Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018,” katanya.
Nana menambah, perniagaan yang diceburi atas dasar minat itu seterusnya mendorong dirinya untuk sama-sama membantu orang lain.
“Selepas memahami dunia niaga ini, ia sebenarnya menjadi perantara atau kenderaan untuk membantu ramai orang. Seterusnya, insya-Allah untuk mendapat reda dan keberkatan-Nya.
“Kini seiring penambahan usia dan penambahan ilmu niaga, hala tuju saya sebagai usahawan juga berubah dimensi. Dengan produk dikeluarkan, kita bermula dengan mahu menolong orang lain menjaga kecantikan dengan harga ‘best’ dan berpatutan.
“Seterusnya saya mula fikir bagaimana pula nak ajak pengguna produk menjadi sebahagian daripada syarikatdan menjana pendapatan sampingan sebagai ejen serta stokis. Tambah pula di era pandemik COVID-19, ramai antara kita yang bergelut,” katanya.
Terlebih dulu menjual alat solekan sebelum menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, Nana yang kini sopan berhijab pada masa sama mahu memperkasa golongan wanita khususnya.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
“Suami sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya dalam keadaan paling dahysat itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” katanya lagi.
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri sejak dua tahun lalu.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia jugabagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Hos kelahiran Johor ini juga bagaimanapun sedar, perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh ketahuinya lanjut dari media sosial saya.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimananak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!