Uncategorized

Rentetan Laporan Polis, Farid Kamil Mengadu 3 Rakan Artis Masukkan Dadah Dalam Minumannya?

Share

Nampaknya kontroversi yang mengaitkan pelakon popular, Datuk Farid Kamil masih lagi belum reda semenjak dia ditahan pihak berkuasa bulan lalu kerana mengasari seorang anggota polis dan seorang orang awam.

Menurut satu sumber, pada 31 Januari yang lalu, Farid telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan dalam laporan tersebut, pelakon ini mendakwa dirinya telah dianiaya oleh tiga orang rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga bertindak ganas di Balai Polis bulan lalu.

Tiga rakan artis yang didakwa oleh Farid itu adalah pelakon dan pengarah, penyanyi yang terkenal dalam genre R&B pada tahun 1990-an dan seorang lagi pelakon. Namun begitu nama ketiga-tiga artis ini tidak dimaklumkan oleh sumber.

Selain daripada mendakwa minumannya dimasukkan dadah, pelakon ini juga mendakwa bahawa dia telah diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair oleh tiga rakan artis ini dan ianya membuatkan dia berasa khayal.

Dalam pada itu, Farid juga membuat laporan tentang dirinya dilayan dengan kekerasan oleh pihak polis ketika dia ditahan reman.

Pelakon ini juga tidak berpuas hati kerana gambarnya semasa dalam tahanan menjadi viral di media sosial malah dia juga mendakwa dirinya cedera semasa di dalam tahanan polis.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat telah mengesahkan bahawa Farid telah membuat laporan rasmi pada hari Rabu minggu lalu berhubung dengan kes dirinya ditahan pihak polis sebelum ini.

“Farid menulis tentang banyak perkara di dalam laporannya dan pihak kami sedang menyiasat hal ini,” katanya.

Sumber: Malay Mail

Published by
Izzati Ramli