Pelakon Raysha Rizrose kesal dengan tindakan kenalan lelaki yang turut rapat dengan ahli keluarganya sejak dua tahun lalu yang didakwa telah mencuri barangan berharga milik mereka sekeluarga.

Menyifatkan apa yang telah berlaku sebagai duri dalam daging, pelakon Cindai ini turut meminta ramai supaya lebih berhati-hati.

Menerusi Instagram, Raysha bercerita mengenai apa yang telah didakwa berlaku.

“Salam. Kepada semua terutamanya yang mengenali individu bernama MOHD BADRUL HISYAM ***, berusia 22 TAHUN dan menuntut di UIA GOMBAK tolong berhati hati.

“Dia berkawan rapat dengan kami satu family selama DUA TAHUN. Perwatakannya yang lemah lembut, tak banyak cakap, ringan tulang telah memperdaya kami. Rupanya dia duri dalam daging.

”Selama dua tahun tu memang selalu perasan banyak barang hilang tapi kami tak ada bukti yang kukuh dan taknak ada syak wasangka dan menuduh sebarangan.

”Tapi makin lama makin banyak barang barang yang berharga hilang dan mama setiap malam tak miss solat hajat untuk diberikan petunjuk.

”Alhamdulillah Allah makbulkan doa mama and tak lama lepas tu dia tertangkap dan telah MENGAKUI sendiri semua perbuatannya selama dua tahun itu. Kuasa Allah,” tulisnya.

IKLAN

Pada masa sama, Raysha turut mendakwa, selama tempoh perkenalan itu, banyak kecurian yang telah berlaku, termasuk barang kemas pusaka.

Raysha turut memaklumkan niatnya berkongsi perkara tersebut adalah sebagai penringatan buat semua supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.

“Rupanya selama dua tahun tu terlalu banyak KECURIAN yg dia telah buat pada keluarga kami. Yang paling sedih kami diberitahu dengan bukti yang diberikan bahawa barang kemas harta pusaka mama yang dia curi itu telah pun dijual dan dilebur, tak dapat ditebus balik.

”Jumlah kehilangan memang sangat banyak (tak dapat dinyatakan). Kami layan dia dengan sangat baik dah siap anggap macam family rupanya dia ambik kesempatan atas kebaikan kami sekeluarga.

“Manusia macam ni PALING bahaya sebab dia boleh berpura baik sangat depan kita, selalu offer nak belanja makan, time raya dia bagi satu family duit raya (padahal dia student) tapi semua tu rupanya duit kita yang dia curi.

”It takes an ugly heart to be able to do all this and this innocent looking guy has it.

”Niat saya berkongsi tentang ini adalah supaya semua berhati-hati dengan orang sekeliling kita dan jangan cepat percaya orang. Jangan terkejut kalau dekat sekeliling kita ramai manusia berhati busuk macam ni.

”Ambillah ujian kami sekeluarga ini sebagai iktibar di masa akan datang.

”Kami redha dengan ujian ini dan berharap tidak akan berlaku kepada sesiapa.

Report polis beserta bukti telah dibuat dan tindakan telah pun diambil. Selanjutnya kita serahkan kepada Allah dan pihak polis,” tulis Raysha panjang lebar sambil turut memberi kredit kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Raysha turut memuat naik beberapa keping foto terkait di platform sama, termasuk satu Twit dari kakaknya, Nelydia Senrose berhubung perkara sama.

Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat memberikan pelbagai reaksi termasuk turut berkongsikan pengalaman hampir sama.

Foto: Instagram Raysha Rizrose