Pasangan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur kerana setakat ini, mereka jarang berdepan masalah besar berhubung isu agen atau penjual (reseller) yang memegang produk terlalu lama hingga merekodkan kerugian besar.
Menurut Wawa, dia dan pasukan sama-sama percaya dengan rezeki selain sokongan berterusan daripada para pengguna yang selama ini setia dengan produk keluaran Wawa Cosmetics.
“Penjual (reseller) memang akan pegang stok, merekalah yang beli dan akan ada barangan itu terlebih dulu. Akan tetapi bagi saya, kenapa ada yang begitu yakin untuk ambil stok yang banyak mungkin sebab mereka sudah tahu ia akan habis dekat tangan.
“Malah ada juga yang rasa rugi kalau tak ambil dalam kuantiti tertentu sebab macam contoh, kalau ambil dalam 5,000 unit insyaAllah akan habis. Baru-baru ini misalnya salah seorang reseller kami dalam masa tiga hari saja dia punya ‘beg kuning’ di TikTok lebih 11,000 unit terjual,” katanya.
Sementara itu bagi Aeril, jika ada stok daripada mana-mana agen yang ‘sold out’, ada rakan lain yang sudi membantu menjual produk yang masih berbaki.
“Tambahan pula kalau fikir logik, kalau mereka beli banyak dan ada ‘simpan’ pada mereka sahaja, macam mana nak buat pusingan modal? Cuma saya tidak nafikan mungkin adalah juga agen yang pegang stok lama, tapi tidak boleh nak salahkan HQ seratus peratus.
“Banyak faktor yang menyebabkan situasi itu terjadi. Tapi kenapa ada yang lain boleh jual hingga belas ribu unit, kalau ada yang pegang stok dalam kuantiti sedikit tapi bercakap itu ini. Rasanya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik dari segi strategi jualan juga.
Ads
“Yang bagusnya, para penjual turut sokong antara satu sama lain. Amalan itu memang menjadi amalan di antara team kami. Cuma setakat ini agen, reseller kami yang paling aktif sekitar 500 orang begitu,” katanya lagi.
Aeril dan Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Wawa Fruity Candy Liptint di Boat House, Ampang, Selangor pada Selasa.
Sementara itu, mereka turut berbangga apabila kini berjaya melahirkan 10 usahawan berstatus jutawan sejak memulakan perniagaan empat tahun lalu, termasuk yang berjaya menempuh fasa pandemik Covid-19.
Ads
Wawa berkata, dia dan suami sentiasa memikirkan cara untuk memastikan mereka mampu mencipta kejayaan bersama peniaga setia yang kekal percaya dengan produk keluaran mereka.
“Alhamdulillah kerana semua peniaga sentiasa memberikan kepercayaan dan menyokong kami sejak mula berniaga sehingga ke hari ini.
“Bagi kami, ia juga satu tanggungjawab bagi kami untuk menghasilkan produk berkualiti dan boleh jual bagi memastikan mereka dan kami sama-sama dapat mencari pendapatan,” kata Wawa.
Aeril menambah, mereka sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan mengikut rasional pasaran.
Dalam pada itu, sebanyak 80,000 unit Wawa Fruity Candy Liptint telah dikeluarkan dengan empat varian iaitu epal, strawberry, peach dan tembikai dan setakat ini, lebih 65,000 sudah dijual.
Mac lalu, pasangan ini turut mempunyai wisma bernilai RM3.2 juta iaitu bangunan tiga tingkat yang dijadikan pusat rangkaian perniagaan mereka Wawa menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi momen ketika dia dapat mengisi masa menjamu selera dengan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sambil berkongsi momen lucu di Instgram, Shahida yang turut ditemani suami, Datuk Seri Aliff Syukri berada Singapura bagi memeriah program Malaysia Fest 2020 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Ogos depan.
“Bertuah la hari ni dapat makan semeja dengan penyanyi nombor 1 Malaysia Dato @ctdk. Yang sebelah saya satu lagi tu @aliffsyukriterlajaklaris penyanyi nombor 1 juga, tapi dari belakang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Shahida pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, Roslan Shah yang banyak membantu sepanjang keberadaan mereka di Singapura.
Selain Siti dan pasangan usahawan itu, beberapa rakan selebriti lain turut dilihat sama-sama berniaga di acara berkenaan.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 17,000 tanda suka di kalangan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sinonim dengan gelaran ‘Raja Pop’ dan berbekalkan pengalaman kira-kira 40 tahun dalam industri muzik, ia nyata tidak menghalang penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdullah untuk menyertai pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya ada peluang.
Kini popular menerusi lagu duet Belenggu Rindu bersama Wany Hasrita, Jamal berbesar hati sekiranya lagu tersebut turut dipertandingan dalam anugerah lagu tahunan itu.
Malah, bintang berusia 61 tahun itu tidak kisah untuk bersaing dengan penyanyi muda lainnya.
“Kalau lagu itu mempunyai rezeki ke AJL, saya tak kisah dan bersedia untuk beraksi di pentas berprestij itu. Bagi saya, status sebagai penyanyi senior tidak menghalang diri ini untuk turut sama bertanding.
“Jika single tersebut ada rezeki terpilih, saya akan menyanyi dengan sepenuh hati serta memberikan persembahan istimewa untuk peminat.
“Tak kisah kalau lagu itu kalah sekali pun pun, asalkan dapat bertanding memberikan yang terbaik mewakili komposer dan penulis lirik,” katanya.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini ditemui MH di majlis Previu Bufet Sinar Ramadan 2020 Hotel Tenera Bangi pada Rabu.
Tambahnya lagi, single nyanyiannya bersama Wany juga merupakan dilihat sebagai salah satu cara untuk dirinya dikenali dan relevan dalam kalangan peminat muda.
“Saya harus berfikir untuk menempatkan diri dalam arena ‘mainstream’. Jadi, lagu Belenggu Rindu itu merupakan salah satu caranya.
“Saya sendiri faham, lagu baru dari penyanyi senior jarang diputarkan oleh stesen radio. Menerusi duet saya bersama Wany, lagu itu secara tak langsung mendapat sambutan dan dimainkan.
“Saya sangat bersyukur dengan perkembangan itu dan perkara terbabit menjadi salah satu cara untuk saya dikenali oleh peminat baru yang lebih muda,” jelas Jamal lagi.
Lagu Ghazal Untuk Rabiah yang dinyanyikannya bersama Datuk M. Nasir di AJL ke-12 pernah dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu.
Terdahulu, Hotel Tenera menawarkan hidangan warisan yang menampilkan 200 menu enak bertemakan warisan Melayu bersempena Ramadan tahun ini.
Pada masa sama, ia turut menawarkan promosi istimewa untuk ‘early bird’ menikmati hidangan berbuka puasa dengan diskaun menarik.
Untuk sebarang informasi lanjut, layari sahaja laman Facebook dan Instagram Hotel Tenera.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Seri Zizie Izette telah mengadakan sambutan majlis hari jadi anak ketiganya, Alisa Bella Izette bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya itu yang kedua.
Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis hari jadi yang mana kesemua kanak-kanak dilukis muka serta mengenakan baju replika haiwan di akaun Instagram miliknya.
Zizie turut menitipkan ucapan istimewa buat permata hatinya itu.
“Happy 2nd birthday to my last born child, Aalisa Belle Izette.U are so special sayang, love u so much! #aalisabelleizette #secondbirthday #1stmarch #piscesbaby,” tulisnya.
Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Selepas itu, Zizie selamat melahirkan Alisa pada 1 Mac 2019.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!