Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan resort miliknya, Sugeh Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang mengalami kerosakan rosak akibat banjir.
Perkara tersebut dimaklumkan usahawan terbabit menerusi satu perkongsian video di Instagram, pada Ahad.
Aliff antara lain menjelaskan, banjir lumpur mengakibatkan beberapa fasiliti di resort tersebut musnah selain haiwan turut mati.
“Allahuakbar. Perasaan saya sangat sedih dan pilu. Tak sangka Malaysia dilanda banjir seteruk seperti ini. Tak terkecuali resort saya di Janda Baik juga mengalami banjir lumpur dan air deras.
“Banyak harta benda musnah, binatang mati, tapi saya lega semua pelanggan saya selamat. Mohon maaf juga saya lambat dapat info, line di sini tidak berapa baik.
“Nak tau upte kerosakan resort sy follow jer ig @sugehecoresort ada upte d sana,” tulisnya yang kini berada di luar negara pada ruangan kapsyen.
Pada masa sama, usahawan yang pernah muncul menerusi single Abang Nak Tegur ini optimis dalam mengutamakan keselamatan para pelanggannya yang menginap di resort berkenaan.
“Kepada semua pengunjung jangan risau, kami beri kebenaran kepada anda untukk menunda tarikh percutian dan kepada yang terkandas di @sugehecoresort, kami sedia membantu anda untuk terus tinggal sementara keadaan kembali.
“Kepada mereka yang terkesan dengan banjir ini, InshaALLAH sampainya saya di sana, saya akan bantu anda di sana nanti. Aminn Ya rab.
“Boleh tak korang kongsikan lokasi tempat engkau orang yang mana teruk dilanda banjir. Mana tahu saya boleh tolong ke sana untuk membantu anda semua amin,” tulisnya lagi.
Isterinya, Datin Seri Nur Shahida turut berkongsi perkara sama dan bersyukur kerana para pengunjung berada dalam keadaan selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.