Respek! Fokus Ibadah Haji, Neelofa Tak Main FB & Twitter

Share

Selepas terkandas beberapa hari akibat masalah visa, Neelofa yang kini berada di tanah suci bersama keluarga untuk mengerjakan ibadah haji memaklumkan, dia meninggalkan seketika dunia sosial terutamanya Facebook dan Twitter bagi memberi fokus kepada ibadah.

Kongsinya, sepanjang tempoh itu, dua platform media sosialnya itu akan dikendalikan oleh pihak pengurusan.

“Dear all, as I will be away performing hajj, my Facebook and Twitter will be managed and curated by my admin from today until 15th August 2019,” tulisnya.

Pengacara popular ini turut berkongsi keadaan di Tanah Suci menerusi ruangan Insta Story.

Pada jam 3.36 pagi usahawan ini masih berada di depan Kaabah beribadah sambil menikmati laungan azan.

Netizen memuji langkah yang diambil usahawan ini dan menyifatkan itu langkah terbaik untuk mendekatkan diri dengan Pencipta.

Semoga beroleh haji mabrur buat Neelofa, ibu dan dua adik lelakinya.

Foto : Facebook Neelofa & Instagram Neelofa

Published by
Noraini Abd Wahab