Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi satu potongan rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Zarina mendedahkan sikap salah seorang anak kembar istimewanya, Muhammad Razil Azrai atau lebih mesra dengan panggilan Azil yang sangat pembersih dan kemas.
Selain itu, pelakon berusia 50 tahun ini memaklumkan Azil bersikap penyayang dan sangat pandai berdikari.
“Azil ni orangnya sangat kemas, baju dia pilih sendiri, nak turun makan pon nak hensem2.. baju belang ni baju favorite Azil tau.. selain penyayang Azil pembersih juga.. rumah saya tak pernah bersepah, anak2 saya sangat berdikari,” tulisnya.
Disamping itu, Zarina turut berkongsi cara untuk membahagiakan anak dengan memasak makanan kegemaran anak.
“lagi satu Azil kalau bab makan tak memilih, dia akan makan apa je yang saya masak.. cuma saya selalu lebihkan masak benda yang Azil suka.
“Apa lagi cara nak bahagiakan anak2 kan.. mestilah dengan masakan makanan favorite diorang.
“Korang tengok lah resipi yang saya share ni.. tengok FULL VIDEO dekat YOUTUBE MANGKIN PICTURES ok..ni link dia.. selamat menonton https://youtu.be/tFNNySW_ano,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Video: Instagram Zarina Zainuddin