Pelakon, Catriona Ross akui agak tersentak dengan reaksi yang diberikan oleh salah seorang peserta di program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) yang telah ditayangkan semalam.
Gadis yang baru berusia 16 tahun itu dikatakan telah menjawab dengan nada yang agak sinis sewaktu Catriona sedang memberikan komen.
Lantaran itu, Catriona telah terpanggil untuk memberikan responnya berhubung isu tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Apa pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa empat perkara yang akan saya sebutkan buat ingatan kita bersama.
“These are some notes ive used dan hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti,” tulisnya.
Jelas pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu, terdapat beberapa perkara di dalam hidup yang harus dititikberatkan untuk menjadi orang yang berjaya.
“Nombor satu, perangai. Jaga tutur kata. How you speak shows your character.
Kedua, hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati.
“Ketiga, disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life.
Keempat, merendah diri. Sangat penting. Terlalu,” ujarnya.
Perkara sama turut disuarakan oleh penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat serta komposer, Ajai sewaktu program tersebut sedang berlangsung.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran tersebut dapat memberi kesedaran kepada peserta berkenaan.
Terdahulu, Catriona juga dilihat sempat bertemu dengan peserta tersebut sewaktu di belakang pentas untuk memberikan nasihat secara empat mata agar perkara seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Catriona Ross