Pengacara, Fedtri Yahya mendedahkan seorang pelajar berbangsa India telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A dan satu A+ bagi matapelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut pelajar berkenaan, program berkaitan agama yang disiarkan di saluran TV3 antara yang membantunya untuk mendalami mengenai ilmu berkaitan.
Pelajar India yang selalu dm tanya-tanya soalan berkaitan Jejak Rasul, cemerlang dalam #SPM2020 👍👍
“Selamat pagi Abang Ahmad. Saya baru je terima keputusan SPM sebentar tadi. Dan syukur, saya telah mendapat 9A dan A+ untuk Tasawwur Islam.
“Semestinya rancangan-rancangan TV3 seperti tanyalah Ustaz, Halaqah dan khususnya Jejak Rasul telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pengacara program Jejak Rasul itu menerusi sebuah ciapannya yang dimuat naik di laman Twitter.
Ads
Dikesempatan itu juga, pelajar tersebut turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan rancangan-rancangan tersebut termasuklah buat Fedtri sendiri.
“Saya sentiasa berhutang budi kepada semua rancangan yang bermaklumat dan para penyampai ilmu yang berpengetahuan luas.
“Terima kasih juga kepada Abang yang sentiasa berkongsi maklumat tentang Islam dan juga bahasa Melayu di Instagram dan Facebook. Semoga Abang sentiasa dirahmati, Amin,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fedtri turut mendedah pelajar tersebut ketika ini juga sedang berusaha untuk menghabis amalan puasa enamnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga pelajar tersebut dibukakan hatinya untuk memeluk agama Islam.
“Alhamdulillah 😍 Tasawwur Islam pun dapat A+ tu! Segan pula bila tengok grade dia sebab dulu ambil ringan je subject Tasawwur Islam ni.
“Tumpang gembira even tak kenal, Tahniahhh. MashaAllah.
“Maa syaa Allah, untuk berjaya tidak perlu alasan. Sekuat mana arus menentang, semakin kuat genggaman mencengkam. Semoga diberikan Hidayah buat adik ni,” antara komen-komen yang ditinggalkan di laman Twitter.
Sumber: Twitter Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak kepada Ruhainies yang juga pelakon, Nur Risteena turut memberikan respon berhubung dakwaan khalwat melibatkan adiknya itu bersama rakan artis, Aliff Aziz pada jumaat lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Risteena di ruangan Insta Stories, dia menjelaskan dakwaan yang bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tiba di kediaman Ruhainies pada jam 3 pagi adalah tidak benar.
“Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah, bukan jam 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Risteena menjelaskan dia tampil berkongsi berhubung hal berkaitan untuk memperbetulkan situasi sebenar.
“Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” jelanya.
Malah, dia turut memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama Ruhainies pada hari kejadian.
“Ya saya sepatutnya berada di sana sama sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.
“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi JAWI datang ke rumah adalah tidak benar,” tegasnya lagi.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan hangat itu menerusi media sosial masing-masing, pada Khamis.
Pelakon, penyanyi dan pengacara Nina Nadira telah membuka akaun Instagram (IG) buat anaknya, Nina Lilyanna yang kini berusia 18 hari.
Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu sebenarnya teragak-agak untuk berbuat demikian, tetapi atas permintaan ramai, Nina tetap melakukannya.
“My precious Lily ; We were a bit hesitant to have her own insta profile but many of you requested and i think it would be nice to share with you guys how our beautiful little Lily blossoms..
Nina dan suaminya, Ahmad Farhan yang sudah mendirikan rumah tangga pada akhir Julai 2017 itu turut berasa risau dengan komen netizen yang akan meninggalkan pendapat dan pandangan masing-masing menerusi gambar yang dimuat naiknya.
“Sorry this mommy is overprotective, cause any negative comments or makcik makcik bawang trying to be smart will be blocked. So here it goes : @ninalilyanna,” tulis Nina yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 2014.
Terdahulu, berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua diperkatakan ramai menerusi media sosial. Malah perkata tersebut turut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi dan Instagram.
Sementara itu, petang tadi telah diberitakan Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah dibenarkan pulang seterusnya perlu menjalani tempoh berpantang.
Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda turut menzahirkan ucapan terima kasih buat doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran permata hati ketiga.
“Syukur alhamdulillah, he is the best birthday gift. Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula @red_miller_midwife and everyone who was involved.
“I would also like to thank everyone who have prayed for me and my family’s well being. I don’t think I can thank you enough. Lots of love from us,” tulis Che Puan Khaleeda.
Malah, berita sama turut disampaikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, pengguna media sosial turut merakamkan ucapan tahniah buat pasangan diraja berkenaan.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda bernikah pada 2014.
Pasangan ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail sebelum selamat bersalin putera kedua.
Foto: Instagram Che Puan Khaleeda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!