Penyanyi Haqiem Rusli baru sahaja membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 200 yang dianggarkan bernilai RM290,000.
Menyifatkan ia sebagai satu ‘reward’ untuk diri atas kerja kerasnya selama ini, Haqiem menerusi Harian Metro menjelaskan, itu adalah kereta idaman yang diidamkan.
“Alhamdulillah, atas rezeki Allah SWT. Saya ada banyak juga buat ‘survey’ termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan saya.
“Ayah pun suka. Memandangkan saya belum ada lesen memandu, jadi kereta ini dipandu ayah. Kalau ada kerja, saya minta tolong pengurus yang bawa,” katanya.
Haqiem yang muncul dengan single Adlina Marie menambah, perkongsian di Twitter terdahulu dibuat bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada semua anak muda.
“Sebelum buat hantaran di Twitter, saya terfikir juga nanti orang kata nak menunjuk, tapi niat saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua.
Kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki tak salah untuk dikongsi semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua,” katanya.
Haqiem turut memilih tahun kelahirannya iaitu 1998 sebagai nombor plat kenderaan.
Perkongsian Haqiem sehingga kini mendapat lebih 500 ulang ciap dan lebih 3,000 tanda suka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI