Persembahan meyakinkan daripada penyanyi muda, Aisha Retno menerusi lagu Sheesh yang dipopularkan oleh Baby Monster nyata memberi kelebihan apabila dia meraih markah tertinggi di dalam siangan minggu ketiga The Hardest Singing Show (THSS), malam tadi.
Aisha memperoleh markah sebanyak 95.55% dan tempat kedua disandang oleh Aepul Roza. Aepul meraih markah sebanyak 93.25% sementara De Fam dengan 88.47%.
Aisha mengakui dia tidak punya masa panjang untuk berlatih kerana terikat dengan komitmen di Indonesia bersempena dengan Festival Java Jazz 2024 dan dia berterima kasih kepada pasukannya atas kerjasama terbaik yang diberikan.
“Kami akan lakukan sesi latihan menerusi panggilan ‘Facetime’ setiap hari misalnya untuk tahu mengenai koreografi. Jadi saya merasakan team yang ‘solid’ sangat penting untuk masa yang suntuk begini,” katanya.
Dalam pada itu, Ayda Jebat yang mengambil elemen Bollywood menerusi minggu ‘mega dansa’ itu berada di kedudukan keempat dengan markah sebanyak 87.24%.
Sekali lagi tiada penyingkiran meski sudah masuk minggu ketiga saingan, berikut markah kesemua lapan peserta yang bertanding mengikut kedudukan;
THSS dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama bintang Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu tanggungjawab sebagai juri profesional pula disandang oleh Edry Abdul Halim, Zizan Razak dan Datuk Seri Rossa.
Program realiti ini bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104), secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini