Perkongsian foto terbaharu daripada pelakon Hafidz Roshdi, 29, di Instagram hari ini menjadi sorotan peminat.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, memaparkan Hafidz sedang mengisi masa bersama dua anaknya, Humairah, 6 dan Umar, 2, membeli barang permainan.
“Alhamdulillah rezeki anak-anak takkan putus,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Malah momen sama turut dikongsikan peserta Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini menerusi Insta Stories yang memaparkan gelagat dua permata hatinya itu.
Terdahulu, media melaporkan pada minggu lalu, Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Bintang drama Melastik Ke Hatimu itu juga difahamkan telah menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.
Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Nurul Shuhada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Malaysia Berjaya Kawal Masa PKP 1.0, Jadi Sedih Bila…,” – Cerita Situasi Terkini Brunei, Nina Iskandar Anggap Tiap Negara Ada Isunya Sendiri
Pelakon, Nina Iskandar ada memberikan pendapat mengenai situasi semasa Covid-19 yang melanda Malaysia.
Memberikan reaksi selepas diajukan mengenai persoalan tersebut, Nina atau nama lengkapnya Nur Akmalina Iskandar memberitahu situasi Covid-19 di Malaysia dan Brunei disifatkannya sebagai sangat berbeza.
Untuk rekod, Nina merupakan bintang asal Brunei dan mencipta nama sebagai pelakon di negara ini. Namun atas kekangan semasa, Nina sekeluarga kini berada di Brunei sepanjang fasa pandemik.
Dia yang sinonim menerusi drama bersiri Andainya Takdir ini mendedahkan, Brunei kini hampir bebas sepenuhnya daripada Covid-19 dan orang ramai kian mulai kembali menjalani kehidupan normal.
“Jujur saya kata, bila saya lihat situasi dekat Brunei dan Malaysia, ia semestinya sangat berbeza sebab dekat Brunei kami semua sudah kembali menjalani kehidupan yang normal.
“Bila saya kongsi gaya hidup orang Brunei di media sosial, kadang-kadang saya sedih juga lihat bila ada orang Malaysia cakap, seronoknya Brunei dah aman dan bebas Covid-19.
“Dulu Malaysia berjaya kawal masa PKP 1.0, jadi sedih bila kita lihat sebab sepatutnya Malaysia dah boleh jadi negara bebas Covid tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang mendoakan agar semuanya kembali pulih.
Pun begitu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, masyarakat di sini masih mengamalkan langkah berjaga-jaga meski negara itu sudah bebas Covid-19.
“Bagaimanapun, kami masih lagi mengambil langkah yang berjaga-jaga.
“Masih mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam,” katanya lagi.
Malah bagi Nina, situasi penularan wabak Covid-19 di Brunei berjaya dikawal oleh kerana populasi penduduknya yang tidak ramai.
“Setiap negara ada isu yang tersendiri, Brunei pun ada isu yang tersendiri.
“Akan tetapi, disebabkan Brunei sebuah negara yang kecil, penduduk pun tidak ramai jadi disebabkan itu ia mungkin jadi faktor mudah untuk dikawal,” katanya memberikan pandangan.
Nina berkata demikian menerusi program YouTube MH Lifestyle. Dia turut berkongsi pelbagai kisah mengenai dirinya termasuk perkembangan terbaru.
Foto: Instagram Nina Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wah Sebutannya Clear, Alhamdulillah,” – Baru Masuk Usia 6 Tahun, Video Aaisyah Dhia Rana Mengaji Dipuji Peminat
Sepotong video pendek yang dimuat naik ke akaun Instagram anak perempuan pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian warganet.
Video yang berdurasi kurang 10 saat itu merakamkan si cilik yang baru menginjak usia 6 tahun itu sedang mengaji surah An-Nasr.
Meski video yang dikongsikan beberapa hari lalu itu tidak panjang, namun sedutan berkenaan nyata membuatkan peminat meninggalkan reaksi pelbagai.
Ada yang mendoakan agar Aaisyah membesar sebagai anak solehah dan tidak kurang yang memuji kelancarannya di dalam membaca al-quran.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 100,000 kali.
Sementara itu, Rozita sebelum ini pernah menjelaskan mengenai soal menjaga satu-satunya anak perempuannya itu kepada Media Hiburan.
Ikuti temu buah penuhnya di sini;
Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekian Lama Tak Berlakon, Hattan Kini Sibuk Di Lokasi Gadis Jolobu The Movie – “Saya Tak Boleh Tolak Sebab…”
Selepas hampir sedekad tidak berlakon, Datuk Hattan kini kembali menerusi filem komedi, Gadis Jolobu The Movie yang lain daripada yang lain kerana ia mengetengahkan dialek negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.
Menurut Hattan, sebelum ini belum ada filem sedemikian dan sebab itulah, dia memilih untuk mengangkat martabat dialek Negeri Sembilan serta budaya negeri kelahirannya itu.
Hattan yang kali terakhir membintangi filem Rock Bro arahan Allahyarham Mamat Khalid berkata, dia mengaku banyak menolak tawaran berlakon sebelum ini.
Selain berlakon, Hattan juga bertindak sebagai perunding produksi bagi memastikan dialek Negeri Sembilan yang dituturkan pelakon lain betul dan tidak kedengaran pelik.
“Sebenarnya saya sudah tak mahu berlakon sebab ia memenatkan, tapi untuk Gadis Jolobu The Movie ini saya tak boleh tolak sebab filem ini mengangkat budaya Negeri Sembilan.
“Sebelum ini ramai yang membuat filem mengenai dialek negeri lain dan tak ramai yang mahu membuat filem mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Siapa lagi nak perjuangkan dialek ini kalau bukan kita sendiri. Itu yang buatkan saya terpanggil untuk turut serta.
“Sebenarnya idea untuk menghasilkan filem ini sudah tercetus sekitar tiga tahun lalu di antara saya dan Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif Saraleana Nattaya Azmi, tapi disebabkan pandemik Covid-19, baru sekarang kami dapat memulakan penggambaran,” katanya.
Menurut Hattan, idea untuk menghasilkan filem terbabit tercetus susulan kejayaan lagu duetnya bersama W.A.R.I.S berjudul Gadis Jolobu yang meraih jutaan tontonan di YouTube.
“Tak salah untuk mencuba walaupun sekarang ini sudah ada prosedur operasi standard (SOP), tapi tak tahu orang berani atau tidak pergi tengok wayang.
“Cuma saya berharap apabila filem ini ditayangkan sekitar Jun nanti, negara kita sudah beralih ke fasa endemik, memandangkan kita semua sudah menerima suntikan dos penggalak. Kalau tidak kasihan industri hiburan kita, disebabkan itu kerajaan kena tolong kita.
“Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan yang baik sebab kalau filem menggunakan dialek Pulau Pinang dan Perak seperti Mami Jarum dan Hantu Kak Limah boleh berjaya, mengapa tidak filem ini,” katanya.
Turut berlakon ialah anak Hattan, Adam serta Joey Daud, Khir Rahman, Nizam Laksamana, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.
Gadis Jolobu The Movie mengisahkan mengenai tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.
Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Filem kerjasama Zebra Studio Sdn Bd dan Tremendous Entertainment yang diarahkan oleh CL Hor itu turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI