Berita

Rezeki Faye Kusairi Jual Nasi Ayam & Tolak Beberapa ‘Job’ Berlakon Lepas Bersalin; “Saya Mensyukuri Apa Yang Allah Sudah Aturkan…”

Share

Pelakon yang kini aktif berniaga nasi ayam, Faye Kusairi mengakui dia mulai memperlahankan kerjaya lakonan selepas selamat bersalin anak ketiga Julai lalu.

Ia sekaligus menepis gosip yang kononnya dia membuka gerai nasi ayam susulan tiada tawaran dalam lakonan.

Menurut Faye, dia bersyukur kerana tawaran masih lagi ada namun ada yang terpaksa tolak secara baik atas kekangan pergerakan.

“Alhamdulillah, banyak tawaran yang saya terima sejak tahun lalu. Tetapi, saya terpaksa tolak beberapa ‘job’ kerana mengandung. Apatah lagi, ada watak memerlukan saya beraksi lasak.

“Ketika itu, saya masih bekerja ke Singapura dan Brunei sehingga usia kandungan mencecah enam bulan.

“Selepas itu, saya terus tolak semua tawaran sehinggalah selepas pantang,” katanya yang sinonim menerusi drawa 7 Hari Mencintaimu itu.

Published by
MH