Pelakon, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia kini sudah pun memulakan rutinnya untuk kembali menjalani sesi pengambaran meskipun tahap kesihatan dikhabarkan masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Menurut Fizz, sebagai seorang ayah dan suami, dia harus kekal kuat untuk terus mencari rezeki buat keluarga tercinta.

“Perjalanan masih jauh. Kesihatan masih belum pulih sepenuhnya, tapi rezeki harus dicari.

“Doakan semoga kembali seperti biasa. Insyallah. Allah nak uji hambanya. Demi anak-anak dan wife saya kuat,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, The Malaysian Ghost Stories itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

“Rezeki Harus Dicari, Allah Nak Uji Hambanya,” – Kembali Shooting Meski Belum Sihat, Datuk Fizz Fairuz Mahu Terus Kuat Demi Isteri & Anak-Anak “Rezeki Harus Dicari, Allah Nak Uji Hambanya,” – Kembali Shooting Meski Belum Sihat, Datuk Fizz Fairuz Mahu Terus Kuat Demi Isteri & Anak-Anak

Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Datin Almy Nadia ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih sepenuhnya seperti sedia kala.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Fizz selain turut mendoakan semoga segala urusannya akan sentiasa dipermudahkan selepas ini.

“Ya Allah kau berikan kesihatan yang baik buat Datuk Fizz Fairuz.

Ads

“Semoga Datuk dipermudahkan urusan dan segera sembuh. InsyaAllah.

“Semoga Datuk lekas sembuh sepenuhnya tak ada sakit sakit pun dan sentiasa dilindungi.

“Stay kuat dan bersemangat Datuk. Semoga Datuk kekal sihat dan terus kuat dalam menghadapi masa yang mendatang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Ads

“Rezeki Harus Dicari, Allah Nak Uji Hambanya,” – Kembali Shooting Meski Belum Sihat, Datuk Fizz Fairuz Mahu Terus Kuat Demi Isteri & Anak-Anak “Rezeki Harus Dicari, Allah Nak Uji Hambanya,” – Kembali Shooting Meski Belum Sihat, Datuk Fizz Fairuz Mahu Terus Kuat Demi Isteri & Anak-Anak

Sebelum ini, Fizz telah pun mendapat rawatan di hospital selepas dilaporkan diserang penyakit angin gastrik pada bulan lalu.

Paras asid di dalam badannya dilaporkan meningkat sehingga menyebabkan jadual pemakanannya agak sedikit terganggu.

“Rezeki Harus Dicari, Allah Nak Uji Hambanya,” – Kembali Shooting Meski Belum Sihat, Datuk Fizz Fairuz Mahu Terus Kuat Demi Isteri & Anak-Anak

Sumber: Instagram Fizz Fairuz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI