Meskipun hanya setahun bergelar hos program Melodi, pelakon dan pengacara, Nabila Huda mendedahkan dirinya tidak berasa hati apabila posisinya itu digantikan rakan selebriti, Ain Edruce.
Menurut Nabila, dia menghormati keputusan pihak pengurusan dan percaya Ain mampu memberikan yang terbaik sepanjang mengacarakan program tersebut.
“Bila Ain diumumkan sebagai hos, saya okay sahaja. Lagipun, saya memang baik dengan Ain dan tiada masalah dengan dia. Ain memang seorang pengacara. Jadi, saya tahu dia boleh menyerlah untuk mengacarakan program Melodi kerana dia memang hos professional.
“Saya tiada rasa apa-apapun. Bila kontrak saya tamat, pihak Melodi pun beritahu tentang perancangan mereka. Ain pun ada menghubungi saya untuk bertanyakan selok belok menjadi hos Melodi.
“Dia juga sangat teruja dapat peluang seperti ini. Saya cakap dekat dia, selagi usia masih muda dan rezeki itu ada, buat je,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Munafik itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan milikinya, Frutti Tutti baru-baru ini.
Ads
Jelas Nabila lagi, dia juga sebenarnya sudah terbiasa dengan senario sebagai anak seni yang sering beralih daripada satu projek ke projek yang lain
“Saya merupakan seorang pelakon. Jadi, saya tiada sikit pun rasa cemburu, sakit hati atau tak puas hati. Bila berlakon, kita memang dah biasa bila habis sesuatu projek tu sama ada dalam 30 hari atau tiga bulan, kita beralih kepada job lain pula. No hard feeling.
“Kesemua orang atasan di Media Prima pun tak pernah bawa amasalah untuk saya dan saya pun tak pernah buat masalah dengan mereka. Apa yang saya tahu, bila mereka berikan saya kerja, saya bagi 100 peratus tanpa merungut tentang apa-apa perkara pun,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search ini turut menyifatkan peluang menjadi hos Melodi merupakan antara pengalaman terindah sepanjang bergelar anak seni.
Pada saya, bidang pengacaraan ini hanyalah kerjaya sampingan. Sebelum ini, saya banyak mengacarakan program travelogue. Kemudian, bila saya buat Melodi selama setahun, program ini mengajar saya untuk mengatasi ketakutan bercakap dikhalayak ramai atau hadapan kamera.
“Mungkin ada yang ingat pelakon ni senang je nak berhadapan dengan kamera tapi sebenarnya tidak. Cubalah tanya rakan-rakan pelakon yang lain, boleh tak mereka jadi hos? Tak semua akan terima sebab kita ada perasaan gugup tu. Mereka pasti akan fikir dua tiga kali untuk terima.
Ads
“Untuk Melodi, saya keluar daripada zon selesa saya. Saya buat sejak daripada PKP dan saya kena usaha untuk bersiaran langsung secara atas talian di rumah. Saya dan team Melodi pun tak pernah buat semua tu dan kita grow sama-sama.
“Melodi adalah kenangan indah yang tertulis dalam perjalanan kerjaya saya,” akhirinya.
Mengulas lanjut mengenai produk Frutti Tutti, Nabila berkata, ia adalah makanan tambahan berasaskan serat epal selain mengandungi nutrien yang sesuai untuk pembersihan tubuh badan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mahu mengabadikan memori bersama suami tercinta, isteri kepada penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Muhd Yusuf telah memberi kejutan istimewa buat suami sempena ulang tahun kelahiran ke-29 tahun.
Difahamkan, Ain telah membawa suaminya bersiar-siar melewati ruang udara sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah helikopter baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan penyanyi yang sinonim dengan lagu Aku Sanggup itu di Instagramnya.
“Dari ketinggian 1500 kaki, ia adalah satu kejutan hari jadi dari isteri tercinta.
“Meski pelabagai cabaran dalam kehidupan yang kami lalui, kami tetap teruskan dan kami sebarkan kebahagian kepada orang di sekeliling kami.
“Kami telah melalui fasa kehidupan yang sukar tetapi kami tidak pernah sesekali toleh ke belakang. Kami percaya, itulah takdir.
“Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Insyallah, walau apa jua yang terjadi, saya sentiasa mencintai awak. Thank you for the memorable surprise sayang,”tulisnya.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, memaparkan reaksi pasangan ini dilihat cukup gembira menaiki helikopter bersama.
Terdahulu, Sufi dan Ain bernikah pada 21 September tahun lalu di Malaysia, manakala seminggu kemudian mengadakan majlis di tempat kelahirannya, Singapura.
Foto: Instagram Sufi Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 baru-baru ini, pelakon Ruhainies sekali lagi diraikan dalam satu majlis kejutan yang dibuat teman rapat serta peminat setianya.
Bertemakan hijau putih, Ruhainies anggun mengenakan gaun senteng bawah lutut pada majlis yang dihadiri kira-kira 30 tetamu itu.
“Saya tak sangka mereka buat juga kejutan ini. Sebab awalnya, pengurus ada memberitahu saya ada perjumpaan dengan pihak klien, bagaimanapun bila sampai saya lihat wajah-wajah kesayangan yang sentiasa ada dengan saya di mana-mana.
“Jadi sudah boleh agak, rupanya ada majlis menyambut hari jadi saya. Alhamdulillah syukur kerana mereka sentiasa ada di sisi.
“Terima kasih juga buat semua rakan media yang sudi hadir,” katanya kepada MH.
Turut hadir meraikan majlis istimewa itu ialah kekasihnya, usahawan yang hanya dikenali sebagai Mr. E.
Mendoakan yang terbaik buat kekasih, Mr.E turut mengakui mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selepas kakak Ruhainies selamat berkahwin dengan tunangnya, Isa Khan.
Kami kongsikan foto kenangan yang dirakam sepanjang majlis berkenaan berlangsung.
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein,39, yang telah pun selamat bergelar tunang kepada lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan, 29, kira-kira jam 1.10 petang tadi.
Majlis telah dilangsungkan secara meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu dilangsungkan di Dewan Tun Hussien Onn, Putra World Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Bakawali yang anggun mengenakan persalinan rona hijau pastel turut menerima sebentuk cincin dari bakal ibu mertuanya, Zaiton Abdullah selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
“Alhamdulillah, majlis tunang sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan. Terharu dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.
“Doakan semoga urusan perkahwinan saya akan dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Indah Ruhaila dan Sarah Raissuddin sementara Zulin Aziz bertindak sebagai hos majlis.
Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini ada mendedahkan dirinya sedang berkenalan dengan lelaki asal Kuala Krai, Kelantan dan turut merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Elly yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah tunang turut menggelarkan si dia sebagai Papa Awan Nano.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...