Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli yang akhirnya bakal menimang cahaya mata sulung, tidak lama lagi.
Uqasha sebelum ini pernah mendedahkan dia pernah mengalami dua kali keguguran dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.
Menerusi hantaran di media sosial pada Ahad, pelakon filem Sumpahan Jerunei itu meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak ternilai harganya ini.
“Syukur Ya Allah, Alhamdulilah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk qasha.
“Ramai tanya-tanya kenapa saya tak jawab-jawab sebab dah gugur jadi saya takut jadi biarlah dari saya sendiri yang cakap. Doakan yang baik-baik untuk Qasha and baby,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Uqasha pada masa sama turut sedih apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang melemparkan kata-kata tidak manis mengenai keluarganya berkaitan isu zuriat.
“Terima kasih kepada yang doa, jujur saya sedih bila orang cakap kenapa family senrose semua tak ada zuriat la apa la, bila dapat tahu ni qasha bahagia sangat sebab aturan Allah tu dia Maha mengetahui.
“Jodoh ajal maut rezeki semua dari Dia,” katanya lagi menerusi hantaran yang dibuat di dalam bentuk video itu.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, hantaran tersebut menerima lebih 160,000 ribu tanda suka selain layangan ucapan tahniah daripada para pengikutnya.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga dengan pada 5 November, 2021 lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini