Isteri kepada pelakon, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof tampil mempertahankan suaminya yang didakwa sengaja mencipta kontroversi dengan memakai subang hidung demi meraih perhatian dek kerana sudah kurang tawaran kerja.
Menurut Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof, suaminya itu tidak memerlukan publisiti sedemikian kerana tawaran kerja ketika ini tidak pernah putus.
“Alhamdulillah Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus.
“Susah suami saya ni nak dapat cuti kerja,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Ads
Katanya lagi, mungkin orang luar tidak tahu mengenai jadual kerja suaminya itu kerana dia jarang berkongsi di media sosial.
“Bezanya suami saya ni susah nak share di media social. Semoga Allah mudahkan urusan adik ya,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ezza berharap orang ramai agar tidak cepat melatah atau mudah jatuh hukum terhadap seseorang.
Bahkan, secara berseloroh dia turut menyatakan suaminya itu sudah memulangkan cincin hidung tersebut kepadanya.
Ads
“Cincin itu dia (Remy) sudah pulangkan dekat saya, tenang okey,” ujarnya.
Baru-baru ini, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, yang hadir pada majlis pelancaran drama terbaharunya The Secret mengejutkan tetamu apabila muncul dengan imej bertindik pada bahagian hidung.
Ads
Remy menyatakan tidak kisah dikecam kerana tampil dengan imej berbeza, selain mengakui subang yang dipakai itu palsu serta hanya sekadar fesyen.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama, Tuah Alam yang dilahirkan pada tanggal 27 Julai 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ezza Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu, Nur Risteena dan Isa Khan masih dalam perancangan untuk membina mahligai bersama.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum mempunyai tarikh spesifik untuk menentukan tarikh bahagia mereka.
Perkara itu dikongsikan Isa menerusi Youtube rasmi, IsaxRis TV dengan durasi selama sembilan minit untuk menjawab persoalan peminat.
“Semuanya dalam perancangan. Kita pun kalau boleh tak nak bertunang lama-lama.
“Namun, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
“Tambahan pula, saya sebagai pihak lelaki. Insyallah, tahun 2020 ini menjadi tahun yang baik dan tiada halangan.
“Jika tiada aral melintang, saya akan halalkan si dia (Risteena),”kata Isa jujur.
Malah, Risteena menyifatkan bahawa Isa seorang yang ‘gentleman’ dan romantik kerana berani melamar dirinya di Bali, Indonesia tahun lalu.
“Perkara yang paling membuatkan saya tersentuh apabila Isa melamar saya di Bali. Sejujurnya, saya tidak pernah merasa momen sedemikian dan itu merupakan sejarah pertama bagi saya.
“Malah, Isa merupakan lelaki pertama dan terakhir melakukan momen bahagia kepada saya.
“Sebelum ini saya ada memasang impian agar ada seseorang yang membuat perkara berkenaan, ternyata impian saya tercapai dan jejaka itu adalah Isa Khan,” jujur Risteena.
Terdahulu, Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Ikuti video penuh di bawah;
Video : Youtube IsaxRis TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha yang sinonim dengan disiplin serta ketetapan waktu saat bekerja ada memuat naik luahan terhadap sebuah produksi yang didakwa suka-suka hati mengubah ‘calltime’.
Difahamkan, pada awalnya pelakon berkenaan perlu berada di set lokasi pada jam 6.00 pagi dan Fasha sampai sekitar jam 5.50 pagi, set lokasi sunyi sepi.
Lalu, tiba-tiba penolong pengarah ada menghantar mesej, menyatakan waktu ‘calltime’ ditukar.
“Haih, semalam confident, bagi calltime at 6am. 5.50am kita dah sampai, set sunyi sepi je. Lepas tu baru asistant director sms cakap tukar calltime.
“Sebab you dah terlambat so suka-suka hati tukar calltime pagi ni. Ni lah antara punca-punca kumalas la nak shooting balik.
“Lebih baik layan anak dan suami kat rumah, haih. Help i nak balik rumah now,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Menerusi status seterusnya, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini turut membayangkan tidak semua produksi boleh mematuhi ‘calltime’ awal pagi.
“Bagi calltime at 6am. Nak tak nak kena keluar at 5.15am sampai orang nak Subuh pun tak sempat haih. Pasti u dah terlajak tidur, tukar pula ‘calltime’ pagi ni.
“Sorry to say, tak semua production akan berjaya untuk mematahu ‘calltime’ 6am. Janganlah feeling bagi ‘calltime’ 6am kalau korang sejenis kelaut dalam!
“Patutlah ramai orang suka sebut #janjimelayu,” tulis Fasha panjang lebar.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status Fasha ditujukan kepada mana-mana pihak.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap drama rantaian terkini lakonannya, Bukan Cinta Aku yang rancak bersiaran menerui di TV3.
Tambah bintang Langsuir ini, dia seboleh tidak mahu memberi sebarang target atau ada sasaran kena memastikan setiap drama yang dilakonkan melonjak sebagaimana drama terdahulu, Nur 2.
“Bila habis penggambaran, saya tidak letakkan harapan yang tinggi. Malah bagi saya semua drama yang saya lakonkan pun, saya tak letak harapan tinggi sebab bagi saya naskhah yang bagus pun disokong dengan skrip.
“Bukan Cinta aku adalah untuk tayangan slot Akasia dan sebagai pelakon, rasanya ia sesuai untuk kelompok penonton slot berkenaan.
“Misalnya Janna dalam Cari Aku di Syurga pula, skrip dia pun saya tak nafikan bagus. Sebab itulah penonton suka dengan drama berkenaan.
“Harapnya situasi tersebut diteruskan untuk drama Bukan Cinta Aku ini,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Syafiq turut mengakui wataknya menerusi drama yang turut menggandingkan pelakon Indonesia, Baim Wong itu tidaklah sebenar mana memandangkan fokusnya hanyalah pada Janna yang mendukung watak sebagai Nur Ariana
“Watak saya keluar pada episod yang ke tujuh atau kelapan. Ia lebih kepada Janna, dia yang lead, sementara watak saya dan Baim untuk sokong perjalanan cerita. Itu saya punya pandangan.
“Apa pun saya mengharapkan sokongan pencinta drama tempatan untuk terus beri sokongan dan saya tak nafikan, setiap drama punya keistimewaannya yang tersendiri,” jelasnya lagi.
Bukan Cinta Aku yang bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 ditayangkan Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah kekasihnya, Mimi Lana yang memegang watak sebagai Qisya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...