“Rezeki Tak Masuk Kalau Buat Muka, Setan Suka!” – Mawar Rashid Berkongsi, Berkawanlah Dengan Orang Positif

Share

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsi cerita bersama pengikut di Instagram bahawa dia suka dengan perkongsian dari kenalan yang juga usahawan, Nurin Afiqah.

Jelas Nurin, dia suka menjalinkan hubungan dengan rakan positif sekali gus mendorongnya untuk sama-sama melakukan kebaikan.

Mawar menambah, dia turut mendapat satu perkongsian yang bermanfaat terhadap perkara tersebut.

“Harini mok cik ni cakap benda yang Mawar suka.

”Nak tau tak dia share ape ngn Mawar? I suka kawan org yg educated, and positive ni, buat kita lebih nak jd yg lebih baik, and buat benda baik.

”Mok cik ni, doa suka membaca, so dia share lah ngn Mawar 2 benda harini, best!

“1. Ingat nama orang. Kalau boleh ingat nama penuh lagi bagus.. org akan happy kalau kita sebut nama dia. And orang akan rasa dia penting kalau kita ingat nama dia

“2. Senyum.. senyum for no reason! Mawar ni mmg org yg suka senyumm.. Jgn cari sebab untuk senyum! Senyumankan satu sedekah. Gfan kata, kita bnyak senyum rezeki bnyk masuk! @arfanrashid.

“Mawar paling pantang kalau org buat muka! Rezeki tak masuk kalau buat muka! Setan suka! Okay bye hehehehe @nurinafiqaaah,” tulisnya sambil memberikan kredit. 

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian dan para pengikutnya turut meninggalkan respon di ruangan komen.

Terdahulu, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rossabella Cinta, 2 bulan.


Foto: Instagram Mawar Rashid

Published by
Nazar Rafiqhi