Pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlynn akui teruja apabila diberi peluang untuk melawat kilang pemprosesan air zam zam di Arab Saudi.
Menurut Ozlynn, ia merupakan peluang yang tidak akan dapat dilupakan kerana mereka berkesempatan untuk melihat secara dekat cara penyediaan air zam zam sebelum diserahkan kepada orang ramai.
“Okay tadi pergi kilang air zamzam di Mekah. Tekah terima kasih kerajaan Arab Saudi. Bagi peluang kita tengok cara proses dan bungkus,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Ozlynn menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi video tersebut juga, Johan turut berkongsi keadaan kilang yang harus menyiapkan 240,000 botol air zam zam setiap hari.
Ads
Malah, Ozlynn turut memaklumkan mereka juga diberikan peluang untuk merasai sendiri air zam zam daripada sumber utama.
“Sehari mereka kena siapkan 240,000 botol air zamzam untuk di edarkan.
“Rezeki tadi dapat minum terus. Lain rasa dia,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menyifatkan ia merupakan pengalaman berharga buat Johan dan isteri.
Ads
“Rezeki manusia yang baik hati. Suami isteri mulia hati.
“Best betul. Semoga dipermudahkan urusan di sana.
“Alhamdulillah seronok betul. Silalah buat liputan lagi. Dapat kami tumpang tengok.
“Rezeki abang dan kakak. Tak semua dapat peluang seperti ini,” antara komen-komen netizen.
Ads
Terdahulu, Johan dan Ozlynn merupakan antara 13 pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Mereka telah berangkat pada 7 Jun lalu, pada jam 5.30 petang dan selamat tiba di Mekah pada awal pagi keesokan hari.
Mereka juga menyertai delegasi media, antaranya dari Astro AWANI, Bernama TV, TV Alhijrah, Utusan Malaysia, dan Utusan TV yang membuat liputan musim haji tahun ini.
Kesemua mereka mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengumumkan pengundurannya secara rasmi dalam bidang penyiaran selepas berkecimpung kira-kira 34 tahun dalam bidang berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu posting yang di muat naik di Instagram, dalam dwi-bahasa.
Sambil berkongsi perjalanan kerjaya sejak awal, Ras Adiba turut mengucapkan terima kasih dan menyifatkan pengundurannya adalah aturan dari Yang Maha Esa.
“Setelah 34 tahun, saya bakal tinggalkan sesuatu yang saya kasihi & dikasihi. Saya hidup, makan,lena & bertugas sebagai Penyelaras pakaian, Wartawan siaran, Pengulas sukan, Penerbit & Penyampai berita.
“Sejak 1986 di Jln Liku, saya menjadi Penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita. Ianya hidup saya.
“Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara & sejurus lampu dinyalakan. Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya.
“Saya adalah seorang pemberita selamanya & berat sungguh untuk saya buat keputusan ini.Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya. Dan malam ini jam 8,16Mei NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita.
“Pabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket & alat pendengaran dari dalam telinga saya.Kalbu saya teresak menangis kerna inilah pengakhirnya.
“Terimakasih TV3, terimakasih NTV7.Maaf kerana saya terpaksa berundur,bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.
“Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui?,” tulisnya panjang lebar.
Media tempatan melaporkan Ras Adiba dilantik menjadi senator mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU) dan difahamkan, majlis angkat sumpahnya sebagai Ahli Dewan Negara itu dijangka berlangsung pada Isnin depan.
Foto: Instagram Ras Adiba Radzi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan bintang media sosial, Harris Annuar berkongsi berita dengan memaklumkan dirinya kini disahkan positif jangkitan Covid-19 selepas menjalani ujian saringan 3 Januari lalu.
Perkara tersebut dikongsikan finalis Hero Remaja 2017 itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, hari ini.
“Assalamualaikum, semalam pada 3/1/2021 Harris baru sahaja menjalani ujian saringan Covid bersama pasukan Megaklinik Zahran dan ternyata Harris positif Covid untuk saringan yang pertama.
“Hari ini pada 4/1/2021 Harris akan ke Megaklinik Zahran kembali untuk buat saringan kedua, untuk buat masa sekarang ini, Harris sedang kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” tulisnya.
Sambil memohon maaf atas kesulitan, Harris turut menasihati mana-mana individu yang bertemu dengannya untuk hadir menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.
“Jadi, sesiapa yang kontak rapat dengan harris selama dua minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian Covid-19 di klinik yang berdekatan.
“Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti menzahirkab doa agar bintang ini diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
Foto: Instagram Harris Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.