Usahawan selebriti, Tya Ariffin yang kini menjalankan perniagaan makanan kesihatan sering mendapat perhatian daripada netizen selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah dan berjenama kepada pekerja di syarikat perusahaan bersama suaminya, Asyraf Khalid.
Terbaru, pelakon kelahiran dari Indonesia ini sekali lagi menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada pekerjanya.
“TYA ARIFIN & ASYRAF KHALID HADIAHKAN KERETA PADA STAFF SEKALI LAGI ???,” tulisnya.
Lalu, suami kepada Tya iaitu Asyraf memaklumkan niat murni ini sebagai tanda penghargaan yang ikhlas kepada pekerja yang telah bertungkus lumus menjayakan perniagaan miliknya.
Ads
“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini.
“Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk sama sama mencapai impian yang disasarkan,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Asyraf mengakui ada menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen terhadap isterinya.
Ads
Meski ada yang memberi kritikan, ada juga yang memuji niat murni usahawan berkenaan bersama pekerja.
Video: Instagram Tya Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang kini sudah genap mencecah usia 27 tahun, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kehidupan yang baik dan selesa oleh Yang Maha Esa.
Menerusi entri yang dikongsi oleh Elfira melalui akaun Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar dirinya kekal istiqomah menjadi seorang wanita yang solehah.
“twenty-seven this yearAlhamdulillah, diberi kehidupan yang baik , yang selesa dan cukup sepanjang hayat yang diberi oleh Allah azza wa jalla.
“Semoga Nurul Elfira Loy istiqomah ingin menjadi wanita solehah sentiasa,” tulisya.
Pada masa yang sama, Elfira turut memuat naik beberapa keping foto ketika meraikan majlis hari jadi bersama keluarganya.
Sekadar informasi, Elfira telah dilahirkan pada tanggal 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Amboi… romantik sungguh pasangan tunang, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ni. Suka benar kongsi momen mesra mereka bersama. Memang pasangan serasi!
Kisahnya, pelakon lelaki berkenaan menjenguk Fasha yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama rantaian terbaru, Patah Sayap Bertongkat Paruh terbitan Zeel Production Sdn Bhd.
Fasha menerusi Instagram secara humor ada memberitahu, dia malu-malu kucing apabila mendapati si tunang secara tiba-tiba datang ke lokasi penggambaran.
Penyanyi dan pelakon Kilafairy menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan, UFORA.
Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan terutamanya lipmatte ataupun pembayang pipi.
Bagaiamanpun, mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.
“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu untuk berkata ‘ya’. Tapi apabila mencubanya, saya suka.
“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai apa-apa dibibir,” katanya jujur.
Baginya yang selesa disapa Kila ini, tekstur lembut yang ada pada lipmatte terbabit sememangnya jarang didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.
“Produk sama jenama antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipmatte ini dan harganya pula amat berpatutan, hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.
Sebelum ini, Kila yang juga merupakan anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil turut tampil dengan jualan produk makanan tambahan sendiri, iaitu KilaFit kira-kira dua tahun lalu.
Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna.
Sementara itu, Kila turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 dan ia telah mencetuskan idea bersama pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.
“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.
“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.
“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.
Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal, UFORA X Kilafairy telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ, malam Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Kila mendedahkan dia akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.
“Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.
“Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” katanya.
Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Yang pasti, bila ia sudah konkrit, insya-Allah saya akan berkongsi dengan semua orang,” katanya.
Kila dan kekasih difahamkan sudah lebih 10 tahun saling mengenali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.