Berita

“Rhea Dah Terbelit Tali Pusat, So…,” – Shila Amzah Cerita Detik Bersalinkan Anak Kedua

Share

Penyanyi Shila Amzah yang telah selamat bersalin anak cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada Khamis berkongsi situasinya sebelum melahirkan anak keduanya.

Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.

“Rhea dah terbelit tali pusat, so terpaksa juga (caesarean). Apa-apa pun Sha tak nak discourage you to try for VBAC (bersalin secara normal setelah caesarean).

“Semoga dipermudahkan. Trust your instinct, apa sahaja yang terbaik untuk baby and kita,” kongsinya.

Shila memberikan reaksi itu terhadap soalan warganet menerusi aplikasi Ask Me Question, pada Jumaat.

Sementara itu, Shila turut menerangkan soal makna di sebalik nama puterinya itu.

“Kita tukar ejaan dari ‘Reyah’ ke ‘Rhea’ yang bermaksud kemenangan. Akira pula bermaksud terang. Jadilah mama Rhea Akira.

“ Insya-Allah menjadi kemenangan yang menerangi kami sekeluarga,” tulisnya lagi.

Terdahulu, suami Shila iaitu pempengaruh Ubai berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi sulungnya itu di Instagram.

Sambik memanjatkan kesyukuran, Ubai atau nama sebenarnya, teruja ketika momen pertama kali melaungkan azan buat pertama kali ke telinga anaknya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH