
Selebriti terkenal antarabangsa, Rihanna dilaporkan sudah melahirkan anaknya yang kedua bersama rapper, A$AP Rocky. Berit aitu dikongsikan oleh sumber terdekat pasangan selebriti itu kepada media antarabangsa.
Menurut sumber itu lagi, jantina anak kedua mereka ialah lelaki dan dilahirkan pada 3 Ogos 2023 di Los Angeles. Turut juga dikongsikan bahawa nama bayi lelaki itu bermula dengan huruf R.
Berahsia mengenai kandungannya yang kedua, penyanyi lagu popular Umbrella ini hanya mengumumkan yang dia sedang hamil ketika membuat persembahan di SuperBowl Halftime Show pada Februari tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan Rihanna ‘Live’ Di Super Bowl; Nyanyi Barisan Lagu Ikoniknya & Usap Perut Umum Hamil Anak Kedua
Ketika melakukan persembahan, Rihanna membuka pentas dengan menggosok perutnya dan kemudian membuka zip pakaian yang akhirnya mendedahkan bahagian perut yang membesar.
Imbas kembali, sebelum ini pasangan tersebut sudahpun memiliki seorang cahaya mata yang kini berusia 15 bulan. Anak sulung mereka itu diberi nama RZA Athelston Mayers.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I love You Mohd Solih Sayang!,” – Rasa Sekejap Jer Masa, Shima Anuar & Suami Nikmati Makan Malam Romantis Rai Anniversary Ke-5

Bersempena ulang tahun perkahwinan yang kelima bersama suami, Mohd Solih Toha,54, pelakon Shima Anuar, 31, menikmati makan malam indah bersama.
Lebih manis, momen sama juga sebagai meraikan hari jadi ibu kepada dua cahaya mata itu.
Memuat naik beberapa keping foto di Instagram, Shima mengakui begitu cepat masa berlalu sepanjang tempoh lima tahun meniti hidup sebagai isteri dan ibu.
“5th Anniversary & My Birthday dinner. Sekejap je 5 tahun dah. Alhamdulillah. Happy anniversary suamiku.
“Semoga Allah merahmati rumahtangga ini hingga ke syurga. Aminnnn. I love you Mohd Solih sayang!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian bahagia itu turut disusuli dengan ucapan yang baik-baik dari para pengikutnya di ruangan komen.
Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada April 2017.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2.
Terdahulu pada 17 Februari lalu, Shima berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia hamil anak ketiga.
Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon bagi mengekang kandungannya terdedah kepada jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun awal Mac lalu, dia kehilangan bayi akibat kandungan di luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan sebelum menerima rawatan di berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana kehilangan banyak darah semasa prosedur dijalankan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah…,” – Faye Kusairi Kini Hamil 4 Bulan

Pelakon Faye Kusairi, 33, memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kanduangannya kini sudah pun mencecah usia empat bulan.
Meski berbadan dua, namun ibu kepada seorang cahaya mata itu tetap aktif serta meneruskan komitmen terhadap lakonan.
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi Berita Harian menambah, tiada alasan buatnya untuk menolak tawaran lakonan meski sedang mengandung.
“Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja apabila terbabit dengan penggambaran drama Keluarga Pasar siaran RTM.
“Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini sedang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.
“Jujurnya, saya mengalami alahan lebih teruk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.
“Saya hanya kembali bekerja apabila aktiviti penggambaran dibenarkan. Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat.
“Penat juga, tetapi tidaklah teruk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya mengenai kekerapannya di kaca televisyen yang tidak sekerap berbanding sebelum ini, Faye mempunyai jawapan sendiri.
“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang membuatkan penonton nampak saya.
“Saya juga tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.
“Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak,” kata isteri kepada pengarah, Azmi Hatta itu lagi.
Pada masa sama, dia turut menguruskan perniagaan produk Aura Kasih, sejak tahun lalu.
“Disebabkan itu, saya banyak mengembara ke Brunei Darussalam dan Singapura untuk tujuan mempromosi.
“Alhamdulillah, orang sudah mula kenal, jadi saya tak banyak terbang ke sana sini, jadi bolehlah mengambil banyak tawaran lakonan,” katanya.
Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Foto: Instagram Faye Kusairi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Kali Rasa Nak Bercakap Aib Orang Lain, Ingatlah Kita Pun Ada Aib Sendiri,” Lawan Atau Diam, Yatt Hamzah Ulas Lidah Penyebab Ramai Ke Neraka

Masing-masing punya hak untuk berkata-kata. Pun demikian, Yatt Hamzah ada bertanya mana satu pendekatan yang lebih bijak sama ada melawan atau diam?
Jelasnya, sebagai mana menurut Rasulullah SAW, golongan yang paling ramai di dalam neraka ialah disebabkan tidak menjaga lisan.
Disebabkan itu, umat Islam digalakkan lebih banyak berdiam daripada berkata-kata.
“Pilih mana lg bijak, LAWAN atau DIAM? Nabi SAW kata, golongan paling ramai dalam neraka adalah disebabkan lidah (juga tulisan) mereka.
“Sebab tu Islam galakkan umatnya lebih banyak berdiam drpd banyak berkata2. Berdiam bukan bermakna mengalah atau tidak mampu melawan, tetapi mengelak berlakunya fitnah dan menyebarkan keaiban.
“Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim),” kongsinya.
Jelas bekas pelakon ini lagi, jangan sesekali membuka aib orang lain dan fikirkan keburukan diri sendiri sebelum berbicara mengenai insan lain.
“Kalau kita x suka orang lain cakap hal peribadi kita, begitu juga orang itu x suka kita bercakap ttg dirinya.
“Maka, setiap kali rasa nak bercakap aib orang lain, ingatlah kita pun ada aib sendiri.
“Nabi SAW sangat marah kepada golongan yang membuka aib saudaranya.
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya.
“Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari),” tulis Yatt lagi.
Malah ulas ibu kepada tiga orang anak ini lagi, sayangi pahala dan berdoa semoga tidak menjadi golongan yang muflis pada hari kiamat kelak.
“Kita tak tahu pahala kita berapa banyak. Jika ada, nak ke kita lihat semua pahala itu ‘dipindahkan’ kpd orang lain yg pernah kita fitnah atau aibkan ketika di dunia?
“Ingat tak hadis tentang golongan yang muflis pada hari kiamat?
“Nabi SAW bersabda: “Orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang pada hari kiamat datang dg membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji ttp ketika di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim.
“Jika pahala amalnya sudah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia masih byk, maka Allah akan memberi pula dosa orang dizalimi itu kpdnya & dicampak ke neraka. (Riwayat Muslim),” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Sekadar imbasan, Yatt selamat melahirkan Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember tahun lalu.
Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun.
Dia kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4 tahun dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI