Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Elly dilihat ada berkongsi momen ketika membeli barang untuk memasak di sebuah pasaraya.
Dalam pada itu, Elly juga kelihatan memandu sebuah kereta lokal, Perodua Myvi.
Lantas, peminat memuji sikap rendah diri Elly yang bersederhana meski bergelar seorang selebriti terkenal.
IKLAN
“Rilex je naik myvi. Bagus betul. Humble. Love u kak lina,” tulis salah seorang peminat di ruangan komen entri tersebut.
IKLAN
Sekadar informasi, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari lalu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Video durasi penuhnya juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube milik penyanyi Bungaku Bakawali ini.
Video: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tiz Zaqyah telah menulis satu twit yang berunsur negatif menerusi akaun Instagram miliknya.
Aktres yang pernah membintangi dalam drama Nur Kasih itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah syarikat produksi.
“Tak faham lah production yang janji pasal payment. Kalau tak ada duit, ada masalah, bagitahu. Bukan buat semua orang menunggu. Tak kesian ke orang kerja 8 pagi ke 8 pagi???” tulisnya.
Lantas, kata kata Tiz itu menjadi perhatian netizen dan rakan rakan artis. Malah menasihati Tiz untuk sentiasa bersabar dan bertenang.
Kepada Tiz, semoga semua urusan Tiz dapat diselesaikan dengan cara dan dipermudahkan.
Foto : Twitter Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zamarul Hisham mendedahkan dia sebenarnya sudah bersedia untuk menerima kecaman daripada netizen dek kerana watak Adam yang dilakonkannha di dalam drama Aku Tanpa Cintamu.
Menurut Zamarul, dia juga mahu menimbulkan perasaan bercampur baur di hati para penonton saat menyaksikan drama terbarunya itu.
“Bila tengok jalan cerita, saya memang dah boleh agak watak Adam ini akan menerima kecaman yang hebat. Saya 110 peratus yakin mengenai perkara tersebut.
“Bagaimanapun, sebagai hero, otak saya ni selalu berpusing dan saya juga kerap berbincang dengan Bella tentang bagaimana untuk menyelamatkan watak Adam ini agar boleh disukai juga oleh penonton.
“Kecaman itu akan tetap ada cuma dalam kecaman itu akan terbit juga rasa sayang dan kasihan. Memang susah saya nak bawa tanggungjawab ini tapi saya dah berikan sehabis baik,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, kecaman juga menandakan watak yang dimainkannya itu telah dibawa dengan baik sehingga berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.
“Bila bercakap fasal lakonan, kecaman terhadap watak yang dibawa juga merupakan satu petanda positif. Bila kita boleh buat orang benci, itu bermakna watak tersebut menjadi.
“Bagaimanapun janganlah terbawa-bawa sampai ke luar pula. Saya sarankan tunggulah sampi episod akhir. Anda akan dapat lihat perkembangan watak Adam ini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Diana Rafar ini turut mengulas mengenai babak-babak mesra ketika berlakon bersama Bella yang menjadi pertikaian sesetengah netizen.
“Kami selalu duduk berbincang tentang skrip dan perasaan pula menjadi berkobar-kobar untuk memberikan yang terbaik.
“Saya akui ramai juga yang pertikaikan mengenai status kami sebagai suami dan isteri orang di ketika berlakon di dalam drama ini. Aliff juga sebenarnya ada di set.
“Sebagai orang yang lebih senior, saya juga sudah meminta izin daripada Aliff dan dia faham. Saya dan Bella akan cuba mengelak daripada melakukan babak bersentuhan tapi ada juga beberapa babak yang tak dapat nak elak.
“Setiap sentuhan itu tak lebih daripada seorang abang dan adik. Kami yang bekerja ini tahu batas kami,” akhirinya.
Aku Tanpa Cintamu kini sedang ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Selain Zamarul dan Bella, drama ini turut dibintangi oleh Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan dan Datuk Sri Eizlan Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Salam takziah buat penyanyi Naqiu Boboy seisi keluarga apabila dimaklumkan abang sulung kepada penyanyi itu, Huzaini Hussein dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, kira-kira jam 8.30 malam.
Memetik Harian Metro, Allahyarham Huzaini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Naqiu seperti yang dipetik berkata, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan mereka kali terakhir bertemu pada Syawal dua tahun lalu.
“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.
“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.
“Insya-Allah saya akan pulang esok (hari ini) dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya.
Sementara itu, juara program Gegar Vaganza 6 (GV6) ini juga turut mendedahkan arwah merupakan insan terawal yang mengesan bakatnya dalam nyanyian.
“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.
“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” pinta Naqiu.
Terdahulu, Erra Fazira yang juga kenalan lama Allahyarham turut memberikan dedikasi terakhir buat arwah.
Bintang berkenaan turut memuat naik beberapa keping foto berkaitan di Instagram, awal semalam.
Lagu ‘Alamak Raya’ yang dinyanyikan oleh kumpulan wanita De Fam nyata telah berjaya mencetuskan fenomena sepanjang menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.