Terdahulu, pelakon Amar Baharin atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Kongsi bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini, dia dilihat ada  membeli sebuah kereta jenama tempatan iaitu Perodua Bezza.

“Alhamdulillah berkat usaha dan doa, restu ibu ayah, sokongan dari isteri dan family, bantuan dari pihak bank dan salesman yg berpengalaman, akhirnya saya berjaya memiliki sebuah kereta idaman ramai #bezza2020.

“Betul2 berBezza tahun 2020 ni hehe Thanx @afiq_perodua. Boleh try contact brother Afiq ni kalau berminat,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap Amar yang bersederhana dan merendah diri.

IKLAN

“Bgus lah ammar dgn amira ni…. Rleks je pkai krte malaysia.. Xde nk blumba2 pkai krte mewah2 kan…… So humble…… I like…,” tulis peminat di ruangan komen entri tersebut.

IKLAN

“Rileks Je Pakai Kereta Malaysia,” – Peminat Puji Sikap Rendah Diri Amar Baharin

Sekadar informasi, Amar mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amyra Rosli dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Aqeef Anaqi, 2 tahun dan Ayra Arysaa, sebulan.

Foto: Instagram Amar Baharin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI